DAKWA FELDA KENA BAYAR RM 2 BILLION NI, PAKATAN TOLONG HENTI TIPU PENYOKONG SENDIRI

PAKATAN tidak pernah peduli pasal Felda, sebaliknya guna isu berkaitan Felda ini hanya untuk dapat undi saja dan dalam masa yang sama bangkit benci pada kerajaan.  Rekod dah banyak, semua isu Felda yang Pakatan masuk campur seperti bawak kes ke Mahkamah, mereka kalah dan ada kes dimana peneroka yang diperalatkan ini pulak kena bayar pampasan.

Yang dia, cuci tangan.

Samalah halnya dalam isu penjualan tanah Felda di Jalan Semarak ini.  Benda itu takde isu pun sebab seperti dah dijelaskan Pengerusinya, Felda boleh dapat balik tanah tu.  Pakatan pergi buat cerita Felda kena bayar RM 2 billion untuk dapat balik tanah nilai RM 270 juta tu apahal?  Siapa bodoh saja yang akan buat keputusan macam itu?  Lebih baik teruskan saja jual tanah tu kalau kos nak ambik baliknya dekat 10 kali ganda tinggi.

Itu pun tak boleh nak fikir?

Jadi nasihat kita kepada Pakatan, berhentilah menipu penyokong sendiri.  Sudah-sudahlah dengan cerita bohong tu, orang dah jelak dah.  Asal Pakatan, mesti bohong, asal bohong, mesti Pakatan, bila nak berubah ni?  Hidup dengan membohong nak jadi apa?

Majoriti besar rakyat tak makan dah dengan taktik menipu tak habis-habis ni.  Belum jadi kerajaan dah menipu sana sini ni apahal? Malu sikit dengan budak-budak.  Hanya penyokong Pakatan saja yang termakan dengan penipuan mudah macam ini.  Dari rekod penulis, berdasarkan kawan-kawan di sekeliling, memang yang banyak kena tipu skim cepat kaya, gores dan menang ni adalah mereka yang terdiri dari penyokong Pakatan.

Sebab, itulah yang disumbatkan kepada mereka hari-hari oleh Pakatan – pembohongan.  Itu yang benda mudah, yang dah berbuih mulut orang cakap pun, tetap kena kelentong ialah orang Pakatan jugak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana