Suu Kyi: Dewa Bagi Segala Pembohongan...Sama Jahat Dengan ZIONIS
SEJAK Persidangan ASEAN plus 4 di Filipina dua minggu lalu, Kaunselor Myanmar Aung San Suu Kyi mengubah nada politiknya dalam isu Krisis Penghapusan Etnik Rohinga di Rakhine.
Sejak tercetus tragedi pembantaian terhadap minoriti Islam itu, Suu Kyi tegas menafikan, kejadian itu sebagai krisis etnik. Malah, menolak tuduhan ia jenayah terancang untuk menghapuskan umat Islam di Rakhine.
Suu Kyi menolak realiti. Bahawa, sejak pembantaian besar-besaran oleh pihak Tentera Myanmar dan pelampau buddha selama lima tahun bermula Oktober 2012, lebih 610 ribu penduduk minoriti Islam terpaksa menjadi pelarian ke sempadan Bangladesh.
Manakala, lebih tiga ribu mati dibunuh secara kejam.
Secara fakta, lebih 50 peratus etnik Rohingya yang berjumlah 1.1 juta, sudah lari meninggalkan Rakhine. Ia realiti yang membuktikan usaha Suu Kyi dan junta Tentera untuk menghapuskan umat Islam dari Rakhine telah mencapai kejayaan yang ketara.
Minggu lepas, Myanmar dan Bangladesh menandatangani perjanjian. Motif utama ialah mengatur perjalanan pulang pelarian Rohingya ke Rakhine.
Bunyinya murni. Namun percayalah, dua bulan dari sekarang, apabila tiba masa untuk melaksanakannya, Myanmar akan memberi seribu satu alasan baharu. Suu Kyi tidak akan jujur untuk melaksanakannya.
Myanmar peniru Yahudi Israel. Suu Kyi faham tempo politik global. Myanmar hanya perlu menari ikut rentak tekanan antarabangsa bagi mengelakkan tindak-balas global. Pada masa yang sama, secara senyap, Myanmar harus tegar dan licik mengendalikan agenda penghapusan etnik Rohingya.
Buktinya sekarang pun sudah jelas. Seminggu selepas perjanjian tersebut, kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazaar, Bangladesh masih terus dilimpahi pelarian.
Lebih 400 pelarian Rohingya menyeberangi sempadan sejak perjanjian itu ditandatangani.
“Angka pelarian yang tiba telah berkurangan tetapi masih tidak berhenti,” kata Komander Pengawal Sempadan, Leftenan Kolonel S.M. Ariful Islam kepada AFP.
Percayalah! Suu Kyi adalah Dewa Pembohong yang luar biasa! -MYNEWSHUB.CC

Comments