Rafizi sembang pokok pun tumbang, ajak debat dia hilang

Pengasas Invoke, Rafizi Ramli jelas tidak matang dan seolah-olah takut apabila dengan sengaja membatalkan program debat dengan kumpulan Internship Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP) pada 24 November lalu.

Pembatalan debat itu menyerlahkan sikap sebenar Ahli Parlimen PKR Pandan itu yang hipokrit dengan sengaja mencari publisiti murahan dan mensensasikan sesuatu perkara di media sosial untuk menarik perhatian netizen dan pengikutnya.

“Kalau sembang, pokok pun boleh tumbang. Hanya suka buat gempar sudah sinonim dengannya. Inilah sikap Rafizi yang sebenar. Rafizi hipokrit.

“Cabaran sudah disahut tetapi tidak berjaya bertarung di gelanggang,” kata Setiausaha MANTAP Mohamad Arif Misman.

Menurutnya, pembatalan debat itu telah menyebabkan wakil pendebat MANTAP, barisan ahli MANTAP VII, alumni MANTAP, wakil-wakil NGO serta pengunjung merasa sangat kecewa kerana semua telah hadir ke lokasi program di pejabat Invoke di Sungai Besi seawal jam 8:00 malam.

Apa yang dikesalkan, menurut Arif, Naib Presiden PKR itu yang beria-ia mempelawa pihak MANTAP berdebat dengan beliau dan Invoke.

Namun, apabila tiba masanya, Rafizi dan Invoke menghilangkan diri malah pintu pejabat Invoke dikunci rapi.

“Ternyata pihak Invoke hanya berwayang apabila tepat jam 8.30 malam pintu Invoke dikunci rapi, tiada wakil yang turun membuat permohonan maaf dan mereka hanya sekadar membuat tinjauan dari tingkap atas premis,” kata Arif.

Mengulas lanjut, Arif menjelaskan pihak MANTAP telah menyahut dan bersetuju dengan cabaran Invoke untuk mengadakan satu perdebatan antara kedua-dua pihak.

“Berdasarkan kepada jemputan dari pihak Invoke melalui surat bertarikh 8 November 2017, pihak MANTAP telah memberikan jawapan balas bersetuju hadir memenuhi jemputan debat bersama Rafizi,” ujarnya ketika dihubungi BNBBC.my portal.

Lebih mengecewakan menurut Arif, pihak MANTAP telah bersetuju memenuhi segala syarat yang ditetapkan Invoke termasuklah mengadakan debat itu di tempat mereka pada 24 November lalu.

“Pihak Invoke telah menyatakan makluman mengenai penerimaan jemputan dari pihak MANTAP dan mereka tegas untuk mengadakan debat di Invoke Space sedangkan cadangan dari pihak MANTAP untuk menggunakan tempat berkecuali atas faktor kapasiti ruang dan keselamatan,” katanya.

Ternyata pembatalan debat bertajuk “Bajet Pakatan Harapan: Memufliskan Negara Seimbang atau Sembang” tersebut jelas menunjukkan wayang terbaru Rafizi.

“Bukan sahaja wayang, tapi takut. Ini bukan nak cari siapa menang dan kalah. Ini hanyalah perdebatan untuk mengupas isu semasa. Invoke tak perlu takut. Kita mahu audien berfikir secara matang dengan apa isu yang didebatkan.” ujarnya kecewa kerana sehingga kini Rafizi belum memberikan sebab debat itu dibatalkan.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL