PM Puji Cara Jamal Untuk Rakyat... komen PM lepas lawat restoran makan tengahari percuma



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tadi singgah mengejut di Restoran Gerakan NGO 1Malaysia milik Datuk Seri Jamal Yunus di Jalan Pahang Kuala Lumpur.

Restoran yang menjadi tumpuan ramai sejak dua bulan ini, kerana menyediakan makan tengahari percuma untuk rakyat Malaysia di ibu kota.

Najib yang tiba jam 1 petang dibawa melihat keadaan keseliling yang penuh sesak oleh Datuk Jamal.

Dalam komennya, Najib berkata restoran Jamal menjadi tempat tarikan baru kerana menyediakan makanan percuma yang selesa kepada warga kota.

"Tahniah Datuk Jamal, semoga program sukarelawan ini jadi terkenal dan diperluaskan lagi ke tempat lain,"ujarnya yang berada kira-kira 30 minit di restoran itu.

Restoran tersebut unik kerana menerima tajaan berbagai pihak untuk barang keperluan bagi memasak makan tengahari untuk 3000 warga kota.

Sumbangan dalam bentuk beras dan barangan lain kemudiannya diproses oleh pasukan sukarelawan Gerakan NGO 1 Malaysia untuk dijadikan juadah orang ramai.

Selain di Jalan Pahang, Datuk Jamal juga membuka restoran dengan konsep serupa di Sungai Besar Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL