PAS KEDAH JANGKA LEBIH RAMAI PEMBELOT KELUAR PARTI

PAS sebenarnya sudah lama memerhati tindak-tanduk ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah dan menjangkakan beliau akan keluar parti, kata Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Tapi katanya, tidak menjangkakan pula Amiruddin akan lompat masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diterajui bekas perdana penderi Tun Dr Mahathir Mohamad, bukannya Parti Amanah Negara (PAN) yang diterajui Mohamad Sabu.

“Kita memang dah jangka dia (Amiruddin) nak keluar parti. Sebab tindak-tanduk dia dah harum manis (hijau di luar, oren di dalam) sudah lama.

“Cuma tidak tahu dia nak ke mana. Biasanya ahli PAS akan pergi (sertai) Amanah tetapi tiba-tiba dia masuk Bersatu (PPBM),” katanya.

Mahfodz juga menjangkakan akan ada pengikut Amiruddin yang akan bertindak sama keluar parti dalam masa terdekat.

“Saya jangka lepas dia ini akan diikuti satu dua orang lagi di Kedah khususnya. Kita pun sedang memerhati tindak tanduk mereka yang tidak bersama dengan PAS tetapi bersama dengan parti-parti lain dalam Pakatan Harapan.

“Saya sendiri tidak terkejut sekiranya ada lagi selepas ini oleh mereka oleh ahli PAS yang menang melalui PAS, melalui pekerja-pekerja PAS,” katanya.

Baru-baru ini, Amiruddin mengumumkan keluar parti PAS dan menyertai PPBM. Beliau memberi alasan keputusannya itu kerana PAS enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

Pakatan Harapan kini mempunyai sembilan wakil rakyat dalam DUN Kedah, manakala PAS memiliki tujuh ADUN dan selebihnya, 20 wakil rakyat BN. –Utaranews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana