MP DAP Sarawak batu api, pekak, tak faham bahasa

Tindakan Ahli Parlimen DAP Kuching, Chong Chieng Jien yang bersifat batu api supaya ahli parlimen Sarawak tidak menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Industri Pelancongan demi semangat kenegerian ditentang hebat Menteri Pelacongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Menurut Nazri, ia adalah bersifat hasutan kerana semua pihak seharusnya memahami cara undang-undang digubal, dan ia kemudiannya akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk meneliti perkara itu supaya tidak berlaku sebarang percanggahan kuasa negeri dan pusat.

Ia berikutan tentang sama ada kerajaan pusat ada mengadakan konsultasi dengan Sarawak tentang perkara yang ingin dibuat melibatkan industri pelancongan.

“Dia ni memang batu api pada saya, fail lah. Tahu lah frust tinggal beberapa kerusi sahaja, kalau saya pun frust menonggeng sebab itu nak pecah belahkan BN.

“Mestilah ada konsultasi yang kerajaan buat dengan Sarawak, itu memanglah kerja kita, tak perlu risau,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Pelancongan di Dewan Rakyat, Rabu.

Chieng Jen kemudiannya tidak berpuas hati terus mengasak menteri dengan mengatakan walaupun konsultasi dibuat namun tidak mendapat persetujuan daripada ahli parlimen Sarawak.

“Kalau Sarawak minta supaya cukai yang saya kutip 30 peratus dia nak, maknanya dia setuju lah tu,” jelasnya lagi.

“Yang Berhormat pekak ke tak faham bahasa? Memang pekak, tak faham bahasa dan batu api,” bidasnya lagi.

Jelas Nazri yang juga merupakan Ahli Parlimen Padang Rengas, sebarang persoalan boleh ditimbulkan dengan cara yang baik dan sebab itu juga BN tidak berpecah belah sehingga hari ini seperti PH.

“Kita dalam BN ni boleh bergaduh tapi kita tak bercerai, tapi YB bergaduh sampai dalam pakatan lari sana sini, dulu Pokok Sena duduk dekat sini, sekarang jauh belah sana, Kota Melaka lagi jauh di hujung sana.

“Kita bukan macam Yang Berhormat,” bidasnya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL