“Membongkar Wajah Sebenar DAP” ‘Live’ Hari Ini

bicara santai ‘Anda Tanya Kita Jawab’ akan menampilkan bekas aktivis parti Dap, Mohamed Razali Abdul Rahman dan Mejar Datuk Huan Cheng Guan dari Parti Cinta Malaysia (PCM) bagi mengupas topik ‘Membongkar Wajah Sebenar Dap’.

Bicara santai yang dihoskan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa itu akan bersiaran secara langsung (‘live’) di facebook dan youtube bermula jam 12 tengah hari serta berdurasi sekitar satu jam turut mengalu-alukan penglibatan orang ramai untuk berinteraksi melalui platform media sosial tersebut.

Razali pernah dipertanggungjawabkan oleh Dap sebagai pengarah strategik bagi hal ehwal orang Melayu / Islam, manakala Huan merupakan bekas ahli parlimen Batu Kawan.

Kedua-dua mereka merupakan individu yang berpengalaman luas dan sering mendedahkan perancangan sulit serta kepincangan pentadbiran Dap khususnya di Pulau Pinang.

Sehubungan itu, semua dijemput untuk menyaksikan program tersebut secara ‘live’ di facebook rasmi UMNO-Online; www.facebook.com/mediaumnomalaysia dan Youtube; www.youtube.com/MediaUMNOMalaysia serta facebook rasmi Annuar Musa; www.facebook.com/AnnuarMusa.

Para ‘netizen’ juga boleh mengutarakan pendapat dan soalan yang hanya menjurus mengenai topik perbincangan. – Media UMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana