MASZLEE TAK FAHAM POLITIK ISLAM, KATA PAS

Hanya ideologi Barat sahaja memisahkan antara politik dan agama, demikian menurut Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad.

Mahfodz mengulas pandangan pensyarah Universiti Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik bahawa politik yang menggunakan agama ‘berbahaya’ kepada negara dan masyarakat, yang mana jika agama dipolitikkan ia akan memperalatkan orang ramai.

Menyampaikan pandangan itu di Persidangan Antarabangsa Istanbul Network Transisi Demokratik Dunia Islam kelima di Kuala Lumpur, semalam, Maszlee juga berkata golongan ulama tidak sepatutnya masuk bertanding dalam pilihan raya.

“Dia (Maszlee) tak faham politik Islam secara menyeluruh. Seperti orang barat dipisahkan oleh politik dan agama. Itu berlaku di zaman Eropah dahulu, apabila pergaduhan antara gereja dan istana maka berlakulah kemenangan kepada istana dan mengatakan politik suku, agama suku.

“Manakala di dalam Islam, kita ikut contoh Nabi Muhammad SAW, baginda adalah Ketua Nabi dan Rasul, malah baginda juga ketua pemerintah di Madinah,” katanya kepada Antarapos, hari ini.

Maszlee dalam pada itu juga mendakwa golongan ulama ada tempatnya sendiri di dalam politik mengambil kira sejarah pemerintahan Islam.

Malah golongan ulama, menurutnya berperanan sebagai pemantau dan menegur pihak pemerintah dalam melaksanakan dasar dan tanggungjawab mereka.

Maszlee bagaimanapun tidak menujukan pandangan itu kepada mana-mana parti namun ada berpandangan ia sindiran terhadap PAS yang berpegang kepada prinsip politik matang dan mahu menjadi penasihat kepada kerajaan selepas tidak lagi bekerjasama dengan pembangkang.

Mahfodz sekali lagi membidas pandangan itu sambil menegaskan pergerakan politik adalah selaras dengan ajaran agama.

“Kalau sesuatu parti itu memang ada ajaran agama mereka, maka ia boleh diselitkan dalam pergerakan politik mereka,” tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL