KEMANA PERGINYA RM3 JUTA YURAN MARATHON JAMBATAN PULAU PINANG?
Sebenarnya sudah banyak bukti yang menunjukkan parti DAP sememangnya gagal mentadbir negeri Pulau Pinang dengan baik dan telus. Bukti yang ada sudah tak terbilang. Itu pun parti yang dikuasai kaum Cina itu masih mahu berdolak-dalik dan menafikannya.
Lagi bukti DAP sememangnya tidak ada kredibiliti untuk mentadbir apabila kegagalan DAP Pulau Pinang menganjurkan larian Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang pada Ahad lalu.
DAP telah membuat acara kebanggaan rakyat negeri Pulau Mutiara itu semakin hilang reputasi dan memalukan kerana kesilapan teknikal remeh yang tidak sewajarnya pun terjadi.
Punca acara kebanggaan rakyat negeri Pulau Pinang itu dikritik di peringkat antarabangsa kerana memberi coklat yang telah tamat tempoh kepada peserta-peserta acara larian itu .
Selain itu, T-shirt yang saiz salah dan lebih memalukan serta lebih teruk apabila pemenang-pemenang terpaksa menunggu selama lebih dua jam untuk mendapatkan pingat. Adakah ini yang sepatutnya peserta terima selepas membayar yuran pendaftaran yang mahal?
Memang wajarlah apabila Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong menggesa kerajaan Pulau Pinang untuk menjelaskan penyaluran wang kutipan yuran pendaftaran bagi larian tersebut yang keseluruhan bernilai RM3 juta,
“Yuran pendaftaran sebanyak RM80 hingga RM100, dan terdapat 35,000 peserta dan sekurang-kurangnya pihak penganjur menerima yuran enrolmen hampir RM3 juta.
“Di manakah yuran pendaftaran ini digunakan? Lagi pun, hampir semua perbelanjaan, termasuk makanan, pakaian, trofi dan pingat telah ditaja,” katanya.
Seperti kebiasaaan DAP mungkin akan mencari pelbagai alasan untuk menutup kesilapan ini dengan berkata kegagalan ini hanya sekadar kesilapan kecil.
Namun sebenarnya ini adalah bukti yang jelas DAP sebuah parti gagal seperti mana mereka gagal mengatasi isu banjir kilat setiap tahun, pencemaran alam yang semakin teruk dan juga keselamatan rakyat seperti tanah runtuh.
DAP tidak perlu bermimpi untuk mentadbir negara jika masalah remeh seperti itu pun mereka gagal mengatasinya. Sepatutnya DAP perlu belajar menguruskan parti terlebih dahulu agar tidak mengulangi kesilapan memalukan bila terpaksa mengadakan Pemilihan CEC sebanyak 3 kali. –Utaranews.com

Comments