Hilang modal. ...Itu gambaran jelas tentang keadaan terkini wakil pembangkang di Johor.
Sepatutnya sidang DUN Johor digunakan sebaiknya bagi wakil rakyat di Johor membahaskan Bajet Johor 2018. Sebaliknya, wakil rakyat pembangkang tersasar dan jauh menyimpang daripada tanggungjawab yang sepatutnya.
Misalnya wakil rakyat Senai daripada DAP, Wong Shu Qi dan kepimpinan Pakatan Harapan Johor diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini cuba mengaitkan Menteri Besar Johor dengan skandal hartanah yang sedang dalam siasatan SPRM.
Pembangkang mendakwa membaca artikel dan dokumen yang telah dimuat naik di sebuah laman web tentang tuduhan terhadap Menteri Besar Johor.
Dalam tuduhan tersebut, mereka mendakwa Khaled Nordin telah menerima sejumlah wang pada tarikh-tarikh tertentu berserta jumlahnya.
Paling menghairankan, kesemua tuduhan itu hanya berdasarkan andaian semata-mata dengan ditambah rencah memuat naik sebuah lampiran pengakuan saksi kes tersebut.
Malangnya, ia hanya sehelai kertas yang tidak menyebut dan menyatakan apa-apa pun tentang penglibatan Menteri Besar Johor!
Terdapat beberapa keraguan fakta dalam cubaan merosakkan imej dan kredibiliti kepimpinan Menteri Besar Johor.
Pertama, laman web tersebut merupakan laman web milik pembangkang, http://www.milosuam.net/. Jadi, kerja mereka apa? Sudah tentu sentiasa memburukkan dan memfitnah pentadbiran kerajaan sedia ada.
Kedua, jika Khaled Nordin terlibat mengapa tidak ditunjuk laporannya. Mengapa hanya sekeping kertas bersama nama saksi SPRM tanpa menyebut nama Menteri Besar Johor? Mana salinan laporan yang lain? Mengapa tidak dedahkan?
Ketiga, dinyatakan juga tarikh, jumlah dan tempat semenjak 2014-2015 duit itu diserahkan kepada Khaled Nordin iaitu di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri Johor. Nampak sangat ada unsur cuba memburukkan pemimpin dan institusi UMNO.
Apa logiknya Khaled Nordin mahu terima duit berjuta ringgit. Dan semua ini diterima di pejabat UMNO. Lebih baik dia terima di rumah, boleh tabur atas katil!
Nampak terkantol si pemfitnah ini apabila apabila dikatakan pada 17 Jun 2015, Khaled Nordin menerima wang berjumlah RM 700 ribu.
Sedangkan, pada kerangka masa itu beliau ada lawatan kerja di Mesir dan Jordan berjumpa mahasiswa Johor di sana dan seterusnya menyambung jadual dengan mengerjakan umrah. http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/johor-beli-bangunan-untuk-pelajar-jordan-1.403778
Ketiga, part ini paling annoying, sudah reka cerita tiba-tiba dekat ending boleh pula bagi caption macam ni,
“Banyak lagi maklumat rasuah secara terperinci dalam kertas siasatan itu, tapi oleh kerana aku nampak ada tulis "rahsia" jadi aku tak jadi nak dedahkan kepada umum sebab kurang arif tentang isu perundangan berkenaan kertas tersebut”
Korang nilailah sendiri. Bukti tiada, cerita macam drama pukul 7, tiba-tiba ending macam tergantung, macam tak berdosa.
Kesimpulannya, ini semua cubaan cuba memburukkan kepimpinan YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin.
Sifat iri hati dan cemburu melihat cara Johor ditadbir sememangnya membuatkan banyak pihak tidak senang duduk melihat kemajuan Johor.
Kepada Tan Sri Muhyiddin dan konco-konconya jangan pandai sembang sahaja. Jika ada bukti dan fakta, laporkan terus kepada SPRM dan pihak yang berkenaan.
Janganlah ingat sudah masuk pembangkang sudah suci dari dosa, kami tengah kumpul fakta tentang air Johor yang kau jual dan swastakan dulu hingga air Johor mahal sekarang. Tunggu kami letupkan.
Fikri Allaudin
Persatuan Pemikir Muda Johor

Comments