KENALI PENYUMBANG DANA POLITIK TERBESAR PAKATAN HARAPAN DALAM MISI UNTUK MENAWAN PUTRAJAYA PADA PRU-14

Seorang taikun Cina dari Perak, Koon Yew Yin pada Februari 2017 yang lalu telah meyumbangkan sebanyak RM 50 juta kepada DAP untuk membantu kempen parti itu menawan Putrajaya pada PRU-14 akan datang.

Walaupaun sumbangannya dikatakan untuk membina asrama pelajar, namun ianya adalah serampang dua mata kerana taikun itu mahu rakyat memperingati kecemerlang Kerajaan DAP mentadbir Pulau Pinang.

Koon mengakui bahawa dia merupakan penyokong kuat DAP terutamanya di Perak sejak dari dahulu, namun kecewa Perak gagal ditawan DAP kerana kelemahan PKR dan PAS pada PRU 13. Manakala DAP memenangi kesemua 18 kerusi Dewan Undangan Negeri yang diperuntukkan kepada mereka dalam beberapa pilihan raya umum lalu.

Koon menyalahkan PKR dan PAS kehilangan sebahagian besar daripada kerusi yang diperuntukkan kepada mereka. Selepas kecewa dengan PAS, Koon terus aktif menyalurkan dana kepada PAN.
Betulkah Koon Yew Yin memberi derma untuk AMANAH (PAN) jatuhkan kerajaan Islam PAS Kelantan?

Pada Nov 2015, Koon menderma RM500 ribu kepada PAN untuk memastikan parti itu bekerja keras bagi pilihan raya akan datang terutamanya misi untuk menawan negeri Kelantan.
Dengan penuh semangat, Koon mengharapkan seluruh kepimpinan Amanah membuat kerja bersungguh-sungguh demi mencapai hasrat dan matlamatnya melihat sebuah kerajaan Islam jatuh ke tangan DAP.

Menurut laporan Facebook Parti Amanah Negara Negeri Perak, Koon turut mengumumkan akan menyumbang 10 kali ganda daripada nilai yang diberikan itu jika Amanah Perak membuat kerja bersungguh-sungguh.

Koon Yew Yin menyumbang sebanyak RM50 ribu kepada Asmuni Awi, Pengerusi PAN Perak yang juga Bendahari Kehormat PAN pusat

Pada Disember 2015, Koon sekali lagi menderma RM100 ribu kepada Pakatan Harapan Perak untuk memastikan parti yang ditubuhkan DAP itu mendapat tempat dihati rakyat dengan mengadakan pelbagai program jelajah mereka.

Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin (Timbalan Pengerusi PAN Perak yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Perak) menerima sumbangan RM100 ribu daripada Koon.
Memetik Facebook Parti Amanah Negara, Koon berharap agar Pakatan Harapan menang PRU14 akan datang. Jadi tidak mustahil sehingga kini Amanah walau tiada dana yang mencukupi, namun mereka sebenarnya telah ditaja oleh taikun perniagaan Cina yang totok kepada DAP.
Dalam politik terkini, perkara sebeginilah yang paling rakyat takuti. Pemimpin Melayu Islam bermuka-muka kerana bersekongkol dengan kumpulan yang cuba merosakkan perpaduan Melayu dan umat Islam.

Sebab apa?

Sebab orang Melayu pada masa ini walaupun berketayap dah macam pak lebai tapi iman mereka tipis setipis kulit bawang kerana mereka mudah tergoda dengan godaan wang ringgit.
Mereka sanggup menggadai maruah bangsa dan agama semata-mata kerana duit.
Dan puak-puak DAP yang begitu cerdik memanipulasi keadaan ini sanggup rugi wang ringgit mereka asalkan mereka dapat kuasa dan dapat apa yang diimpikan mereka.
Dengan adanya kuasa, mereka boleh dapat keuntungan yg berlipat kali ganda dari hasil kebodohan Melayu itu sendiri.

SEDARLAH WAHAI BANGSAKU....

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana