PM LANCAR PERKHIDMATAN TELEVISYEN TERESTRIAL DIGITAL ATAU MYFREEVIEW.

Perkhidmatan Televisyen Terestrial Digital atau MyFreeview dilancarkan hari ini sejajar dengan pemindahan siaran terestrial analog ke siaran digital sepenuhnya. Pelancarannya yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini disempurnakan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebentar tadi. .

Seiring pelancaran ini juga, seramai 2.2 juta isi rumah penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di seluruh negara akan mendapat dekoder MYTV secara berperingkat. Ini adalah penambahan kepada dua juta dekoder yang akan diberikan oleh MYTV Broadcasting Sdn Bhd atau keseluruhan 4.2 juta penerima memperoleh manfaat pelaksanaan myFreeview.

Najib ketika berucap pada majlis pelancaran itu berkata langkah ini adalah sebahagian agenda nasional untuk mentransformasikan industri penyiaran melalui pendigitalan dengan tujuan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Beliau berkata, sebanyak 24 stesen pemancar akan dipasang di 87 kawasan seluruh negara di bawah pelaksanaan fasa satu dan dua. Sementara itu katanya, jangkaan 98 peratus kawasan penduduk seluruh negara untuk memperoleh liputan penuh itu dijangka dapat dilaksana pada suku ke empat tahun ini.

“Perkhidmatan penyiaran myFreeview disediakan kepada rakyat secara percuma tanpa kos langganan bulanan dan ia dapat merapatkan jurang digital di kawasan terpencil. “Penyiaran myFreeview untuk menyalurkan lebih banyak kandungan dan aplikasi termasuk penyiaran tempatan untuk meraih manfaat untuk memperluaskan jangkauan penonton,” katanya.

Menerusi pelancaran ini, ia menyaksikan perkembangannya tersendiri kepada sejarah penyiaran sejak TV berwarna diperkenalkan 39 tahun lalu dan ia selari perkembangan global untuk beralih daripada sistem analog kepada era digital. Dengan peralihan kepada myFreeview ini, penonton akan berpeluang menikmati resolusi gambar lebih baik dan jelas, kualiti bunyi terhebat dan lebih banyak saluran percuma.

Selain itu, penonton juga akan disajikan dengan pengisian program lebih berkualiti, capaian ke Panduan Program Elektronik (EPG) serta pelbagai pilihan untuk alih bahasa. Menerusi myFreeview juga, penonton akan mendapat akses ke sembilan stesen TV terestrial percuma seperti TV1, TV2, TVi, TV Al-Hijrah, TV3, NTV7, 8TV, TV9 dan saluran Berita BERNAMA serta empat stesen radio RTM. Rakyat Malaysia juga akan mendapat akses ke TV digital menerusi dekoder istimewa yang dikenali sebagai MYTV.

Mereka boleh menyambungkan televisyen dan frekuensi ultra tinggi (UHF) kepada dekoder terbabit. Peralihan ini juga akan menjadi pemangkin untuk merapatkan jurang digital di antara komuniti pedalaman dan bandar di mana ia akan mencipta masyarakat berilmu dan mewujudkan pelbagai peluang.

Yang turut sama hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak; Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Seri Dr Halim Shafie serta pengurusan kanan media tempatan.

Perkhidmatan Televisyen Terestrial Digital atau MyFreeview dilancarkan hari ini sejajar dengan pemindahan siaran terestrial analog ke siaran digital sepenuhnya. Pelancarannya yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini disempurnakan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebentar tadi. .

Seiring pelancaran ini juga, seramai 2.2 juta isi rumah penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di seluruh negara akan mendapat dekoder MYTV secara berperingkat. Ini adalah penambahan kepada dua juta dekoder yang akan diberikan oleh MYTV Broadcasting Sdn Bhd atau keseluruhan 4.2 juta penerima memperoleh manfaat pelaksanaan myFreeview.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana