RUPANYA PENULIS LIRIK KEPADA ARTIS TANAH AIR INI PEJUANG LGBT?

Beliau adalah penulis lirik bagi beberapa artis wanita popular tanah air antaranya Siti Nurhaliza, Ella, Fauziah Latiff, Ziana Zain, Farah dan Liza Hanim.

Namun di sebalik itu, mungkin yang tidak tahu bahawa penulis lagu Zuriani Tan Sri Abdul Khalid Awang Osman ini terkenal sebagai pencinta gerakan seks songsang Lesbian, Gay, Bisekssual, Transgender (LGBT) di luar negara.

Zuriani atau lebih dikenali sebagai Ani Zonneveld ini dilahirkan di Malaysia dan beliau juga merupakan imam di Los Angeles. Beliau turut mengasaskan `Muslims for Progressive Values’ (MPV) yang memperjuangkan kesaksamaan gender, hak gay dan perkahwinan antara agama.

Walaupun ia berpangkalan di Los Angeles, namun pertubuhan ini telah berkembang ke Australia, Kanada, Chile, Perancis, Malaysia, Afrika Selatan dan beberapa negara timur tengah.

Menurut www.pri.org, Ani Zonneveld merupakan anak kepada seorang duta Malaysia dan beliau dibesarkan di beberapa negara termasuk Jerman, Mesir dan india.

Ani Zonneveld pernah mengimamkan solat Jumaat. Beliau juga telah mengadakan kempen #ImamsForShe kononnya untuk mendidik imam mengenai amalan yang dijalankan seperti perkahwinan kanak-kanak yang dikatakannya sebagai tidak islamik.

Sementara itu, beberapa blog tempatan mendakwa Ani Zonneveldi, kini lantang memperjuangkan hak supaya perlakuan LGBT diterima oleh umat Islam, dan beliau juga sedang aktif menikahkan pasangan homoseksual yang beragama Islam.

Perjuangan beliau ke arah Islam mesra amalan seks songsang ini adalah salah satu penyebab penubuhan gerakan Muslims For Progressive Values (MPV) yang mendapat sokongan pengasas Sisters in Islam (SIS), Zainah Anwar.

Ani Zonneveld secara terbuka berkata: “Salah satu daripada sepuluh prinsip kami adalah untuk memperjuangkan hak-hak LGBT.

“Kaedah kami melakukannya ialah melalui program ‘LGBT Outreach’ yang diketuai oleh seorang imam beragama Islam yang juga seorang gay. MPV memilih posisi ini berdasarkan kepada teks-teks suci dan tradisi-tradisi Islam.

“Alim ulama tidak pun menyerang kami. Hanya ‘budak mentah’ yang tidak kenal akan Islam sahaja melakukannya,” dakwa Ani Zonneveld sambil menegaskan konon perundangan Syariah tidak hukum orang sebab homoseksualiti.

“Kita desak balik dengan pertanyaan: Di mana dalam Quran yang menyatakan sedemikian? Dari mana datangnya perundangan Syariah? Ia hanyalah ciptaan manusia,” sambung beliau lagi yang disiarkan menerusi sebuah portal.

Menurut Ani Zonneveld, negara Islam masa dahulu secara lumrahnya adalah sungguh mesra dengan amalan seks sumbang sejenis, tidak sebagaimana umat Islam pada masa ini tidak bertolak ansur terhadap gaya hidup LGBT.

“Komuniti Muslim sekarang sungguh tidak toleransi terhadap amalan seks sejenis dan itu adalah sesuatu malang. Mengikut sejarah, negara Muslim adalah lebih bertoleransi dan sangat menerima golongan gay dan mak nyah.

“Ia sehinggakan negara Eropah terpaksa menakluki wilayah Arab atau Muslim apabila telah menuduh umat Islam sebagai ‘homo-tolerant’. Mereka terpaksa datang untuk menyelamatkan bagi memberi kesedaran kepada kita.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment