BEKAS MENTERI KEWANGAN KU LI PERTAHANKAN NEGARA, KERAJAAN TIDAK AKAN MUFLIS

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ku Li menyangkal dakwaan pembangkang yang mengatakan kerajaan bakal berdepan muflis berikutan tekanan ekonomi pada masa ini. Tegasnya, kerajaan mempunyai banyak aset dan diuruskan dengan cara baik walaupun ada sedikit sebanyak berlaku masalah ekonomi.

Tekanan ekonomi bukan sahaja dihadapi Malaysia tetapi juga negara maju yang lain termasuk Amerika Syarikat. Malah, Amerika Syarikat lagi banyak menanggung hutang berbanding Malaysia, namun tidak ada masalah kerana situasi itu tidak lama.

Semua sedar dan percaya bahawa tekanan ekonomi yang dihadapi semua negara itu hanya hanya sementara dan bakal pulih dalam masa terdekat nanti. Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang turut menjelaskan bahawa semua negara mempunyai perancangan untuk pemulihan sama ada ekonomi atau hutang negara.

Negara ini tidak akan muflis kerana Malaysia mempunyai aset yang banyak. Hutang tinggi adalah perkara biasa di mana-mana negara maju seperti Amerika Syarikat juga memiliki hutang yang banyak sehingga beribu juta.

Namun negara Amerika Syarikat tidak muflis kerana berada di bawah kawalan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di mana ia menjaga keupayaan satu-satu negara membiayai pinjaman yang dibuat.

Negara kita ada banyak aset selain daripada apa yang dieksport malah, minyak masih ada lagi penemuan. Namun buat masa ini harga minyak jatuh. Kalau harga minyak naik, ia mampu membantu nilai ringgit dan menambah pendapatan negara.

Dakwaan bahawa kerajaan bakal muflis adalah cuma mainan dan persepsi buruk politik pembangkang yang mahu menyebarkan dakwaan tidak benar bagi mengelirukan rakyat supaya menimbulkan perasaan tidak menentu di kalangan rakyat Malaysia. Tujuannya adalah agar rakyat terus membenci kerajaan sedia ada dan tidak menaruh harapan pada kerajaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana