Shafie Apdal Pertahan Projek IC Mahathir Di Sabah

Isu kewujudan Projek IC di Sabah yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah lebih dua dekad jadi perhatian umum rentetan dari kempen Parti Bersatu Sabah (PBS) memburukkan UMNO sekitar tahun 90-an selepas keluar dari BN, beberapa hari sebelum PRU 1990.

PBS kembali menyertai BN pada 2002 ketika Mahathir masih Perdana Menteri, namun kempen mengaitkan UMNO dan Dr Mahathir dengan Projek IC disambung pula ceriteranya oleh parti pembangkang lain termasuk dari PKR dan DAP hingga ke hari ini.

Pada 11 Ogos 2012, Suruhanjaya Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan ini dan selepas melalui proses penyiasatan sekian lama akhirnya pada 3 Disember 2014 laporan siasatan suruhanjaya mengesahkan tidak wujud Projek IC atau seumpamanya.

Sebaliknya hasil siasatan mendapati kewujudan beberapa kes pemberian kad pengenalan kepada warga asing yang tidak mengikut prosedur dan undang-undang berlaku disebabkan faktor kewangan dan aktiviti rasuah beberapa orang kakitangan JPN yang korup.

“(Suruhanjaya mendapati) kerajaan telah mengambil tindakan ke atas mereka yang mengeluarkan kad pengenalan dan dokumen pengenalan diri lain tanpa mengikut undang-undang. Ini menunjukkan bahawa ‘Projek IC’ yang dibangkitkan tak timbul,” kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa ketika mengumumkan keputusan tersebut.

Dengan keputusan tersebut, jelas Projek IC tidak wujud, maka UMNO dan Dr Mahathir yang sering digembar-gemburkan terlibat dalam isu ini sepatutnya sudah bersih. Tuduhan pembangkang sebelum ini terbukti fitnah dan propaganda politik sahaja.

Isu Projek IC sepatutnya sudah tutup buku dan jika masih ada kakitangan atau pegawai JPN yang masih menyeleweng dan mengambil kesempatan buat duit jual kad pengenalan sewajarnya dilaporkan terus kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan, itu yang terbaik.bh-isu-ic

Pun begitu, kenyataan terbaru bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang disiarkan portal Berita Harian semalam seakan nak mengiakan memang wujud gerakan mendaftarkan warga asing melalui Projek IC yang diketuai Mahathir.

“Kerajaan BN adalah yang berkuasa dan boleh mengambil langkah yang diperlukan untuk menyelesaikan isu kad pengenalan. Mengapa menyalahkan Dr Mahathir sekarang? Jika mereka fikir ia (salah dikeluarkan), mereka boleh membetulkan,” itu kata Shafie yang kini adalah Presiden Parti Warisan Sabah.

Kita boleh faham, Shafie mahu mempertahankan Mahathir namun kenyatannya itu menimbulkan banyak tanda tanya kerana apa yang diperkatakannya itu semacam menampakkan bekas Perdana Menteri 22 tahun itu memang terlibat dan projek IC itu benar-benar wujud.

Suruhanjaya siasatan isu ini sudah mengesahkan tidak wujud Projek IC. Logiknya, bila sesuatu perkara yang diperkatakan itu tidak wujud jadi buat apa nak diperbetulkan? Jika tiada isu maka apa perlu dicari penyelesaian, bukan begitu?

Tapi kenyataan Shafie itu sepertinya dia percaya Projek IC memang wujud maka sebab itu mahu diperbetulkan dan diselesaikan isu itu tanpa menyalahkan Mahathir.

Kenyataan Shafie ini bahaya kerana jika itu kepercayaannya maka rakyat Sabah akan tanya adakah sebelum ini Shafie pun menyokong pemberian kad pengenalan kepada warga asing? Sepanjang berada dalam kerajaan kenapa tidak beliau sendiri perbetulkan? Jenuh nanti Shafie nak jawab semua persoalan itu. – MyKMU.Net

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana