NGO pro pembangkang hina mufti, Jakim, Jais... jahil murakkab

Tan Sri Harussani Zakaria menganggap tindakan sebuah pertubuhan menobatkan anugerah “menghina kebijaksanaan” kepadanya semalam sebagai suatu penghinaan terhadap dirinya.

Mufti Perak itu turut membidas Kumpulan Bertindak Bersama bagi Kesaksamaan Gender (JAG) dan Inisiatif Kesaksamaan Gender (GEI), yang menganjurkan anugerah tahunan “Aiyoh Wat Lah” bagi menyenaraikan kenyataan paling tidak masuk akal oleh pemimpin dan penjawat awam, sebagai tergolong dalam kategori “jahil murakkab” (bodoh berganda-berganda) kerana tidak memahami hukam Islam.

“Apa benda yang tidak masuk akalnya. Saya tidak pernah cakap benda tidak masuk akal. Saya cuma kata ikut hadis Nabi Muhammad, isteri wajib patuhi arahan suami.

“Ini satu penghinaan kepada saya. Saya cakap benda yang benar. Mereka tidak faham. Lagi satu, mereka ini jahil murakkab (berganda-ganda),” katanya.

Semalam, majlis “Aiyoh Wat Lah” yang diadakan di Petaling Jaya menamakan Harussani antara mereka mengeluarkan kenyataan kontroversi yang tidak masuk akal.

Ia memetik kenyataan mufti itu pada April 2015 yang mewajibkan isteri bersetuju mengadakan hubungan seks dengan suami walaupun “mereka menunggang di belakang unta”.

Selain Harussani, turut dinamakan JAG dan GEI dalam “anugerah” itu ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Anugerah itu diadakan bagi memastikan pegawai awam bertanggungjawab ke atas kenyataan atau tindakan mereka.

Harussani berkata beliau tidak mengetahui apa-apa mengenai anugerah “Aiyih Wat Lah”.

“Saya bercakap dari segi hukum syarak. Hukum mereka pula pelik, suami suruh isteri, isteri tak setuju buat apa. Apa makna kahwin. Itu lagi tak masuk akal. Gila punya pendapat,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL