Muhyiddin sudah tidak ada modal....- Salleh
Datuk Seri Salleh Said Keruak kata Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar fokus kepada parti barunya dan membuat persiapan untuk pilihanraya umum akan datang dari terus ulang cakap mengenai isu lama pasal 1MDB dan dana diterima Perdana Menteri dari Timur Tengah.
Menteri Komunikasi dan Multimedia itu menilai bekas Timbalan Perdana Menteri sudah ketandusan modal hingga terpaksa ungkit dakwaan lama untuk jatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau menyatakan demikian dalam tulisan terbaru di blognya Selasa sebagai mengulas dakwaan Muhyiddin konon dalam akaun Perdana Menteri sudah ada RM1 billion sebelum terima sumbangan dana dari Timur Tengah.
Menurut Salleh sepatutnya Muhyiddin sudah sedar isu-isu ini tidak beri kesan dalam gerakan mereka untuk jatuhkan Perdana Menteri.
Katanya jika berkesan Najib sudah tidak lagi Perdana Menteri dan Barisan Nasional tidak menang cemerlang pada pilihanraya negeri Sarawak dan pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Salleh bertanya bila Muhyiddin nak terima hakikat bahawa isu 1MDB dan dana Timur Tengah sudah dijelaskan lebih sekali dan tiada isu lagi.
Beliau berkata jika pembangkang tidak main isu lama mereka tidak ada isu.
Salleh mendakwa Muhyiddin cuba cetuskan persepsi isu ini masih belum beres untuk alih perhatian terhadap masalah dalam pembangkang dan semaij hilang pengaruh.
Katanya mereka mendesak Perdana Menteri jawab dakwaan tetapi bila beliau jawab mereka bersikap seolah tiada apa yang dijawab.
Salleh kata setakat ini tidak diketahui samaada Muhyiddin mampu kerah pasukannya untuk beri tentangan yang mencabar BN hadapi pilihanraya umum akan datang.

Comments