Dolak dalik kerajaan Selangor... hapus atau tidak diskaun Bumiputera

Ada bidalan popular dikalangan orang Melayu, 'Siakap, senohong, gelama, ikan duri, bercakap bohong, lama-lama mencuri...

Al kisah isu baru di negeri pimpinan PKR, DAP dan PAS di Selangor yang berdolak dalik mengenai status sebenar apakah diskaun 10 peratus pembelian rumah yang dinikmati oleh kaum Bumiputera dihapuskan atau tidak.

Kalau mengikut Exco Selangor Datuk Teng Chang Kim ianya dihapuskan bermula 1 September selepas perubahan syarat dan dasar pemilikan hartanah Selangor bagi pembelian tiga jenis hartanah komersial mampu milik.

Tapi Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali kata lain pulak.

Menurut Azmin, walaupun akan ada perubahan dalam syarat dan dasar pemilikan hartanah mampu milik bagi pangsapuri khidmat, Pejabat Kecil Pejabat Rumah (SOHO) dan Pejabat Kecil Pejabat Maya (SOVO), ia tidak membabitkan pemansuhan diskaun 10 peratus kepada Bumiputera.

"Datuk Teng Chang Kim (EXCO Selangor) ada menghubungi saya memaklumkan salah faham berkaitan dengan kenyataannya, berhubung garis panduan baru bagi pembelian hartanah mampu milik di negeri ini.

"Bagi kerajaan negeri, tidak wujud istilah perkauman atau perbezaan agama bagi syarat pemilikan hartanah mampu milik terutama membabitkan isu kemiskinan.

"Ada garis panduan baru yang telah dipersetujui dan akan diumumkan sendiri oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Samad dan Exco Pelaburan, Perindustrian IKS dan Perdagangan dan Pengangkutan negeri Datuk Teng Chang Kim," katanya.

Laporan portal propembangkang, Malaysiakini menyebut, kerajaan Selangor akan melaksanakan garis panduan pembangunan baharu bermula 1 September ini yang antara lain memansuhkan 10 peratus diskaun bumiputera bagi pembelian pangsapuri perkhidmatan, SOHO dan SOVO.

Mana satu betul, mana satu salah... kita tunggu apa pulak kata Exco PAS Datuk Iskandar Samad yang merupakan Exco Perumahan... sehingga berita ini ditulis, Naib Presiden PAS itu masih belum berbunyi.

Mungkin masih mencari apa silap mata hendak main pulak kali ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana