Dakwaan terbaru Muhyiddin terhadap PM...boleh percaya ke?

Tentu ramai bertanya kenapa tiba-tiba setelah sekian lama Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat dakwaan terbaru berkaitan dana dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Dalam ceramahnya di Ketereh,Kelantan kelmarin bekas Timbalan Perdana Menteri itu dakwa konon sudah ada RM1 billion dalam akaun itu sebelum dana dari Arab Saudi RM2.6 billion masuk.
 
Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sarifuddin Ahmad Selasa mengeluarkan satu kenyataan menafikan dakwaan terbaru itu.
 
Katanya mungkin dakwaan terbaru ini satu cubaan Muhyiddin untuk alih perhatian dari akuan bersumpah kes cerai Nika Gee.
 
(Kes cerai itu yang sudah masuk mahkamah mencuri perhatian ramai.Ini kerana dalam surat akuan bersumpah suami wanita itu,seorang bekas pendakwaraya mendakwa seorang tokoh politik ada hubungan sulit dengan isterinya).
 
Tengku Sarifuddin bertanya bagaimana beliau hendak jadi Presiden sebuah parti baru yang dinaungi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bila ada rekod mahkamah dakwa beliau ada hubungan sulit dengan isteri orang selama beberapa tahun.
 
Katanya kredibiliti dan moral Muhyiddin sudah musnah.
 
Dakwanya adalah jelas dalam mencapai matlamat politik beliau cakap lain dan dalam hal peribadi buat lain.
 
Katanya ketika beliau menyerang Perdana Menteri dengan dakwaan rasuah…orang dalam semua tahu mengenai sejarahnya sebagai Menteri Besar Johor.
 
Mengenai akaun dana Perdana Menteri,Tengku Sarifuddin  berkata ia telah disiasat dengan teliti oleh pelbagai pihak berkuasa dan semuanya dapati ia tidak langar sebarang undang-undang.
 
Selain itu pihak SPRM pergi ke Arab Saudi untuk periksa semua dokumen perundangan dan ambil keterangan dari wakil penderma.
 
Menteri Luar Arab Saudi sendiri juga mengesahkan dana dalam akaun Perdana menteri adalah sumbangan dari keluarga diraja Arab Saudi.
 
Tengku Sarifuddin menilai Muhyiddin seorang yang kecewa selepas digunakan sebagai boneka Dr Mahathir.
 
Beliau tidak akan jadi Perdana Menteri seperti dijanjikan kerana cubaan untuk menjatuhkan pemimpin yang dipilih secara demokratik sudah gagal.
 
“Sekarang beliau terdesak…kenapa perlu sesiapapun percaya apa yang beliau cakap?” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL