Azmin berfikiran sempit, tonjol sikap ‘politiking’

Tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menolak usaha Kerajaan Persekutuan membina lebuh raya baru di negeri itu bagi menangani masalah trafik menunjukkan pemikiran politik beliau yang sempit.

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berkata kenyataan Azmin pada Khamis lalu menunjukkan sikap ‘politiking’ beliau dalam menjalankan urustadbir kerajaan negeri Selangor.

“Azmin perlu ingat bahawa realiti permasalahan yang sedang dan bakal dihadapi rakyat itu janganlah dikelirukan dengan alasan-alasan pemikiran yang sempit dan tidak munasabah.

budiman KIDEX“Kenyataan Azmin itu adalah bersifat selektif dan tidak mencerminkan komitmen serta kesungguhan kerajaan negeri dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sedang dan bakal dihadapi oleh para pengguna jalan raya khususnya rakyat di Selangor serta Lembah Klang,” kata Budiman.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di akaun Facebooknya pada Isnin.

Dengan penolakan tersebut beliau sepatutnya mengemukakan pelan perancangan strategik termasuk inisiatif-inisiatif yang ada bagi menangani masalah kesesakkan trafik di negeri Selangor.

“Sekiranya beliau merujuk usaha itu sekadar dengan langkah kerajaaan negeri memperkenalkan bas percuma Smart Selangor ketika ini, saya tidak fikir ia mampu menyelesaikan masalah kesesakan trafik secara keseluruhan kerana perkhidmatan yang terhad tidak meluas.

“Berbanding pentadbiran dibawah bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini, meskipun pendirian politik berbeza dengan Kerajaan Pusat, beliau lebih rasional dalam isu pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (KIDEX),” katanya.

Bagaimanapun usaha itu nampaknya dimusnahkan Azmin yang membatalkan cadangan projek lebuh raya tersebut pada Februari tahun lalu.

Sehingga hari ini, masih tiada cadangan mahupun alternatif jangka pendek yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri sementelah membatalkan Projek KIDEX tersebut.

Menurut Budiman yang juga ADUN Sungai Panjang, rekod dan statistik oleh Kementerian Pengangkutan bagi suku kedua tahun ini sehingga 30 Jun lalu, menunjukkan jumlah terkumpul kenderaan bermotor di Selangor adalah sebanyak 2,821,594 kenderaan manakala Kuala Lumpur sebanyak 6,180,982 buah.

Di Selangor sahaja bilangan pendaftaran kenderaan baru bagi suku kedua tahun ini sebanyak 20,213 manakala Wilayah Persekutuan pula 31,568 buah kenderaan bagi tempoh sama.

“Melihat daripada catatan rekod dan berdasarkan statistik tersebut, saya yakin dan percaya bahawa jumlah tersebut dijangka akan terus meningkat dari masa ke semasa.

“Sudah pasti ia akan menambahkan bilangan kenderaan bermotor di atas jalan raya yang bakal memungkinkan menjadi punca kepada permasalahan kesesakan trafik dan lalulintas,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana