Akhirnya Husam sarung jersi PAN…Tak Hairan Lah

Ramai yang sudah jangka Datuk Husam Musa hendak kemana selepas dipecat dari PAS pada 6 Mei lalu selepas sering mengkritik kepimpinan parti.

Sebab itu bukan sesuatu yang mengejutkan pada Selasa malam ADUN kawasan Salor di Kelantan dan bekas Naib Presiden PAS ini umum sertai Parti Amanah Negara (PAN).

Entah apa stategi politiknya.Sekalipun diketahui umum tidak sebulu dengan pimpinan PAS beliau masih bergayut pada parti itu sehinggalah dipecat.

Husam turut tewas dalam pemilihan PAS di Kuala Selangor pada 2015.Beliau bertanding jawatan Naib Presiden.Namun beliau kemudian tidak menyertai gerombolan pimpinan PAS yang kalah keluar untuk tubuh parti baru.

Jadi bukanlah mengejutkan juga semasa berucap mengumumkan nak masuk PAN  pada majlis Makan Malam Ambang Merdeka di Cyberjaya beliau mendakwa PAS kini parti yang tidak ada arah.

"Bagi saya Amanah adalah parti yang meneruskan perjuangan asal PAS yang telah dikhianati oleh orang PAS sendiri," katanya.

Hadir sama di majlis itu Presiden PAN Mad Sabu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana