Veteran Umno kritik Tun Mahathir

SHAH ALAM – Veteran Umno mengkritik cara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempergunakan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) bagi merealisasikan impiannya menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, biar apa pun usaha Mahathir dengan menyokong Amanah dalam kedua-dua PRK ini, ia tidak akan menjejaskan  sokongan kepada BN.

“Pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar sudah dapat menilai siapa betul siapa salah. Pada akhirnya  pengundi akan tetap memilih BN bukan kerana Najib, tetapi kerana BN.

“Beliau memilih pentas Amanah yang didokong DAP dan bukannya Pas. Malah, beliau seolah-olah yakin Amanah akan menang di kedua-dua PRK itu,” katanya.

Mustapha berkata, meskipun Mahathir berasa  berjaya memperalatkan Amanah dan DAP namun, tanpa disedari dirinya juga sedang diperkudakan oleh kedua-dua parti daripada blok pembangkang itu.

“Mahathir bukan lagi ahli Umno jadi beliau bebas untuk berkempen dengan mana-mana pihak atau secara sendirian untuk menentang BN. Semua orang tahu matlamat beliau ialah untuk menjatuhkan Najib dengan alasan menyelamatkan negara.

“Bagi Mahathir, selagi Najib tidak dapat dijatuhkan olehnya, beliau akan berbuat apa saja. Selagi hasratnya tidak berjaya, Najib akan tetap menjadi sasarannya.  Beliau berjaya menjatuhkan Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi susulan siri kejayaan itu menjadikan beliau tercabar apabila Najib gagal dijatuhkan setelah pelbagai usaha dilakukan,” katanya.

Menurutnya, amat sukar mempercayai Mahathir sanggup bersama DAP yang selama ini dibencinya, tetapi sekarang beliau berbuat begitu untuk mencapai matlamatnya.

“Beliau rela dihina pemimpin pembangkang asalkan Najib dijatuhkan, matlamatnya menghalalkan caranya. Beliau terdesak  mendapat sokongan pembangkang dan berharap kedua-dua PRK itu akan dimenangi pembangkang,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana