Tun M 'berperang' kerana masih mahu kuasai pentadbiran negara

SHAH ALAM: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat mengganggu pentadbiran Datuk Seri Najib Razak adalah bukan suatu perkara yang baru, demikian menurut penganalisis politik Prof. Madya Dr. Mohd Noor Mat Yazid.

Katanya kerjasama dengan pembangkang baru-baru ini seolah-olah membuka peluang yang lebih besar, untuk merealisasikan agendanya yang sebelum ini tidak mendapat sokongan daripada pemimpin Umno yang lain.

"Dia (Mahathir) dalam keadaan yang terdesak, perlu sokongan itu dan beliau ingin mengambil pengaruh DAP kearah itu. Saya rasa ada benarnya yang diutarakan Najib bahawa Mahathir mahu kembali (menguasai) pentadbiran negara.

"Mahathir cuba untuk menguasai dalam keadaan Tan Sri Muhyiddin dipecat, dan Mukhriz juga turut dipecat, dan pertembungan antara Muhyiddin dan Najib.

"Dalam Perlembagaan kita tidak ada referandum untuk menjatuhkan kepimpinan. Saya melihat kepada prinsip pertukaran kerajaan melalui pilihanraya.

"Apa pun yang kita rasa tidak bersetuju tetapi kita kena kembali kepada prinsip pilihanraya dan Parlimen," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Najib bahawa Mahathir masih mahu menguasai pentadbiran negara kerana mempunyai agenda tertentu.

Perkara itu dizahirkan Najib dalam satu rakaman wawancara khas yang disiarkan saluran televisyen I-News terbitan media Indonesia.

Pada pendapat beliau, pertembungan antara Mahathir dan Najib bermula apabila, anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir gagal meraih kerusi Naib Presiden Umno pada pemilihan parti 2013.

"Saya lihat pertembungan yang berlaku diantara Tun Mahathir dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ini sudah lebih kepada politik generasi sebab apa yang cuba dirangka oleh Mahathir ini dia berbeza dengan apa yang dirangka oleh (Datuk Seri) Najib.

Menurut Pensyarah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu, pemecatan Mukhriz selaku Menteri Besar Kedah juga antara faktor utama yang menyebabkan Mahathir bertindak  bersekongkol dengan pembangkang dalam melancarkan Deklarasi Rakyat yang mendesak Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Saya lihat apa yang berlaku kerjasama dengan Lim Kit Siang saya rasa itu tidak akan memberikan kesan yang positif kepada Mahathir kerana saya lihat apa yang dilakukan oleh DAP itu sebagai musuh pada peringkat awalnya dengan perjuangan DAP.

"Maka dengan keadaan terdesak dia membuat perkara demikian saya rasa orang Melayu tidak akan boleh menerima keadaan itu dia melihat kepada keadaan orang yang terdesak mengambil kerjasama itu," ulas Mohd Noor lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana