Lelaki ceroboh kuil di Ipoh, pesakit mental sejak 2013

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan lelaki yang memecahkan patung di sebuah kuil di Ipoh, Perak pada Ahad lepas adalah seorang pesakit mental.
Beliau berkata lelaki berusia 29 tahun itu telah menerima rawatan berkaitan penyakit mentalnya sejak 2013 di sebuah hospital swasta di bandar raya itu.

Pihak polis telah mendapatkan pengesahan daripada pihak hospital swasta tersebut serta tiga orang doktor hospital itu yang mengesahkan suspek adalah seorang pesakit mental, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan Pahlawan Briged Sarawak, Pasukan Gerakan Am, di Batu Kawah, dekat sini hari ini.

Berhubung kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Dr S. Jeyaindran yang berkata lelaki itu tidak mempunyai rekod sebagai pesakit mental, Khalid berkata berkemungkinan Dr Jeyaindran hanya merujuk kepada rekod di hospital kerajaan dan tidak membuat semakan dengan hospital swasta.

"Padahal suspek ini telah dirawat sebagai pesakit mental sejak 2013 di Hospital KPJ Ipoh," katanya.

Khalid turut meminta orang ramai yang tidak mempunyai maklumat sahih mengenai kesihatan suspek tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

"Keadaan ini juga akan menyebabkan masyarakat menuduh polis berpihak kepada suspek," tegasnya.

Pada petang Ahad lepas, lelaki itu dengan membawa sebuah parang telah memasuki kuil Sree Muneeswarar Amman dan memecahkan patung dalam kuil tersebut.

Lelaki itu kemudian melarikan diri ke Jalan Ghazali Jawi dengan memandu kereta secara melawan arus dan terbabas lalu melanggar sebuah perhentian bas sebelum ditahan polis.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana