DAP Hanya Bermimpi Disiang Hari Untuk Menggenggam Sarawak

Sejak kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak membuka tirainya sejak Isnin lalu, pelbagai ragam kempen dapat dilihat oleh semua parti politik yang bertanding. Antara yang beggitu agresif melakukan kempen pada kali ini adalah Barisan nasional selaku parti pemerintah, DAP, PKR, PAN dan PAS selaku parti pembangkang.

Dalam beberapa kempen dipihak pembangkang, DAP dilihat paling agresif dengan cuba menyebarkan dakyah mereka. Mereka menyebarkan dakyah kononnya, andai mereka berjaya mentadbir Sarawak pada pilihan raya kali ini, mereka akan melakukan semua perkara yang jika difikirkan secara logiknya, tidak akan mungkin dapat dicapai.

Malah dalam beberapa kempen, mereka tetap menyebarkan dakyah kononnya kerajaan akan terus menekan rakyat dengan menaikkan kadar GST dari 6 ke 10 peratus. Malah, kesemua calon mereka juga tanpa memperdulikan fakta sebenar, terus menerus memainkan isu nasional yang hampir kesemuanya sudah diselesaikan seperti isu 1MDB, isu derma RM 2.6 bilion dan banyak lagi.

Namun tanpa parti DAP sedar, mereka sebenarnya hanyalah bermimpi disiang hari. Manakan tidak, dengan hanya bertanding di 31 buah kerusi, mereka bertanding tidak sampai setengahpun dari majoriti yang sepatutnya untuk membolehkan mereka membentuk kerajaan.

Malah, lebih melucukan lagi, mereka masih mengharapakan PKR untuk mendapatkan kerusi yang mencukupi untuk mereka beroleh kemenangan. Hakikat yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan pengundi di seluruh Sarawak, hubungan kedua-dua parti ini cukup tegang dan hampir mustahil satu kata sepakat dapat dicapai diantara kedua parti ini.

Namun begitu, DAP mempunyai sedikit advantage apabila mereka masih mempunyai sebuah parti yang merelakan diri mereka menjadi hamba seumur hidup DAP. Parti berkenaan adalah Parti Amanah Negara (PAN) yang sememangnya diketahui ditaja oleh DAP semasa awal penubuhannya.

Kini, apa yang diharapkan DAP adalah PAN mampu untuk memenangi beberapa kerusi bagi membantu DAP meraih kemenangan seperti yang mereka harapkan. Untuk sedikit makluman, DAP pada pilihan raya kali ini menyasarkan 26 kerusi dimenangi oleh calon mereka, peningkatan 100 peratus dari apa yang mereka perolehi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ke 10.

Adakah rakyat negeri Sarawak masih terus merelakan diri mereka terus ditipu DAP hanya untuk nafsu membalas dendam atau ketiak puasan hati? Usah mudah memperjudikan nasib dan masa hadapan kerana hanya semata-mata mahu mengikut nafsu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Wajib Baca....8 perkara Lee Kuan Yew akan lakukan jika memerintah Malaysia