Memang Lawak Lah....Kongres Rakyat: Pemimpin Pembangkang Maafkan Dr M

SHAH ALAM: Pemimpin pembangkang yang dipenjarakan semasa era pemerintah Tun Dr Mahathir Mohamad, 22 tahun lalu, berkata mereka tidak menyimpan dendam terhadap bekas perdana menteri itu.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata tiada gunanya mengungkit perkara lalu walaupun beliau pernah ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada ketika itu.

"Saya ditahan dua kali di bawah ISA semasa pemerintahan Tun Mahathir. Namun ini bukan mengenai balas dendam pada masa lalu.

"Adakah saya perlu mengecam seorang bekas perdana menteri apabila saya sepatutnya membidas kepimpinan pada hari ini?," katanya ketika berucap pada kongres "Selamatkan Malaysia" di sini Ahad.

Dr Mahathir, yang hadir pada kongres tersebut sekadar tersenyum sebaik sahaja mendengar kata-kata itu.

Mat Sabu antara 119 individu yang ditahan semasa Ops Lalang 1987.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata mereka telah melalui satu sistem berbentuk penindasan.

Azmin mendakwa beliau antara salah seorang yang ditahan dan 'dipukul' sehingga enam anggota polis semasa era reformasi pada 1998.

"Ketika itu, Menteri Dalam Negeri adalah Tun Dr Mahathir.

"Namun tidak mengapa kerana ia mengajar saya dan pemimpin lain apa itu maksud untuk menjadi seorang pejuang," katanya.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata sejarah juga mengajar beliau untuk menjadi individu lebih baik.

"Saya mahu menjadi individu yang lebih baik, bukan seorang yang pahit. Dan individu yang baik akan mengambil tindakan positif demi masa depan.

"Kita perlu memulihkan semula keyakinan rakyat kembali ke dalam sistem itu," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana