Bagus Lah Tu....PKR Selangor ibarat retak menanti belah

Pemimpin cabang PKR Selangor semakin hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana tidak berpuas hati dengan pelantikan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Azmin didakwa mengamalkan kronisme dalam pemilihan yang dibuat sehingga mengenepikan suara daripada akar umbi.

Setiausaha PKR Cabang Kelana Jaya, S Murali berkata, pelantikan 288 ahli majlis PBT yang dilantik kali ini hanya dipilih dalam kalangan ahli PKR dari kawasan yang menyokong Azmin.

“Kerana mementingkan kroni maka ‘peraturan’ di mana Ahli Majlis harus terdiri dari mereka yang bermastautin sekurangnya 5 tahun di kawasan, diketepikan, maka ada yang dari Subang dilantik ke Kelana Jaya, dari PJ Selatan dilantik menjadi Ahli Majlis di Sepang, dari PJ Utara dilantik ke Majlis Daerah Kuala Langat dan banyak lagi.

“Mereka duduk di luar kawasan, tidak kenal penduduk dan kawasan ditadbir, bagaimana mahu berkhidmat, akhirnya mereka terasing dari masalah setempat dan hanya datang mesyuarat untuk bincang projek dan kontrak sahaja.

azmin pkr“Tindakan Mohamed Azmin melantik pemimpin PKR yang tidak bermastautin di sesuatu kawasan PBT sebagai ahli majlis adalah bertentangan dengan perlembagaan parti dan keputusan mesyuarat EXCO kerajaan negeri pada tahun 2013,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Murali,  Azmin sepatutnya melantik ahli majlis PBT daripada nama yang disenaraikan oleh setiap cabang, bukan individu pilihannya sendiri yang diletakkan sebagai calon.

“Kami hairan kenapa Menteri Besar boleh menolak nama calon ahli majlis yang dicadangkan kerana orang yang kami cadangkan itu antaranya berkelulusan ijazah sarjana sedangkan syarat kelulusan minimum adalah SPM (Sijil Pendidikan Malaysia) sahaja.

“Malah seorang ahli majlis yang dilantik Menteri Besar sebenarnya bukan bermastautin di Kelana Jaya, tetapi di Petaling Jaya, oleh kerana itulah kami sudah hilang kepercayaan terhadap Azmin.

“Cukuplah tempoh beliau menjadi Menteri Besar kerana beliau tidak lagi menghormati keputusan pr selangorpimpinan akar umbi PKR,” tambahnya.

Keadaan itu tegasnya pasti akan menyukarkan penduduk setempat untuk membuat aduan kerana ahli majlis PBT yang baharu tidak tinggal di kawasan berkenaan.

Justeru, pihaknya menggesa PKR mengambil tindakan disiplin terhadap Azmin kerana membelakangi kehendak cabang PKR dan pemimpin akar umbi dalam pemilihan ahli majlis PBT.

Beliau turut menemplak kenyataan Setiausaha Menteri Besar, Suhaimi Shafiei yang menyatakan segala isu yang dibangkitkan cabang telah diselesaikan.

“YB Suhaimi buat laporan dalam Malaysiakini dengan menyatakan lantikan Ahli Majlis telah selesai semuanya dan sengaja perbesar isu ini, Selesai bagaimana? Dengan kamu (kartel azmin) berjaya menempatkan kroni – kroni kamu dengan mengenepikan suara akar umbi parti ?

“Saya dengan ini tegaskan lantikan Ahli Majlis mengenepikan suara Cabang dan ia usaha melemahkan parti peringkat Cabang yang tidak menyokong Azmin pada pemilihan lalu di mana sememangnya Azmin kalah di kebanyakan Cabang dalam Selangor,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana