DEIG: Awang Selamat mahu Rafizi, Tony Pua nyata pandangan...Kaki PutAR bELIT

SHAH ALAM: Kolumnis akhbar Utusan Malaysia Awang Selamat mempersoalkan di mana pemimpin utama DAP dan PKR dalam menyuarakan pendapat mereka mengenai penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) di bawah Menteri Besar Azmin Ali.

Awang menyatakan rasa ragunya bagaimana dua individu pemegang saham DEIG diberi kepercayaan untuk menjaga aset dalam Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) bernilai RM30 bilion.

"Ia tidak pernah berlaku dalam sejarah pentadbiran negeri apatah lagi membabitkan nilai yang sangat besar. Satu lagi tamparan kepada kerajaan PKR dan pembangkang.

"DEIG didaftarkan dengan nilai RM2 di bawah Akta Syarikat 1967 bagi mengurus pelaburan strategik 12 anak syarikat yang sebelum ini di bawah MBI.

"Dengan kata lain, syarikat RM2 menguasai aset RM30 bilion milik rakyat Selangor atau umpama ulat menelan ular," katanya yang dipetik akhbar berkenaan.

Dalam sidang DUN minggu lalu, bekas Menteri Besar Tan Sri ABdul Khalid Ibrahim mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri mewujudkan sebuah entiti pelaburan baru di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI).

Khalid mendakwa, DEIG akan menimbulkan lagi masalah urustadbir, termasuk ketidaktelusan dalam hal kewangan, memandangkan ia bebas dari diaudit.

Setakat ini, tiada penjelasan menyeluruh daripada Azmin sementara pelbagai pihak mahu perkara itu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain Barisan Nasional (BN) dijangka memohon semakan kehakiman bagi membatalkan DEIG.

Justeru beliau mahu pemimpin seperti Rafizi Ramli dan Tony Pua tampil memberikan reaksi berkaitan hal ini seperti mana sebelum ini kedua-dua mereka begitu lantang mendedahkan penyelewengan yang melibatkan kerajaan.

"Banyak lagi tanda tanya yang Azmin perlu jawab. Awang teruja hendak melihat bagaimana reaksi pemimpin utama DAP dan PKR, apakah mereka mahu kunci mulut?

"Rafizi Ramli dan Tony Pua tiba-tiba jadi pemalu.

"Sebenarnya golongan inilah yang boleh dirujuk dalam peribahasa kuman  di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana