Ahli MBPP kouta PAS umum nak masuk GHB

Bye-bye PAS... tak pasti ini kerana kedudukan atau keyakinan tapi ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Mhd Nasir Yahya yang dilantik semula ke jawatan itu berhasrat menyertai Gerakan Harapan Baharu (GHB) selepas parti baharu itu didaftarkan.
Namun, buat masa ini Mhd Nasir berkata beliau masih lagi anggota PAS sehingga keanggotaannya terbatal selepas beliau menyertai GHB secara rasmi kelak.

"Secara teknikalnya, saya masih anggota PAS, nama saya masih dalam senarai pendaftaran ahli. GHB masih dalam proses pendaftaran dan kemungkinan besar saya akan menyertainya.

"Saya sudah pertimbangkan keputusan ini kerana fitrah saya selari dengan apa yang diperjuangkan GHB," katanya ketika ditemui selepas majlis pengakuan penerimaan pelantikan Anggota Majlis MBPP Isnin.

Bernama melaporkan Selain Mhd Nasir, Dahalan Fazli daripada PAS turut dilantik semula sebagai Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) berkuat kuasa 1 Ogos lepas.

Mhd Nasir dan Dahalan sebelum ini meletak jawatan sebagai Anggota Majlis berikutan keputusan Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-61 Jun lepas menerima usul Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Ditanya sama ada beliau ada memaklumkan hasrat itu kepada kepimpinan tertinggi PAS Pulau Pinang, Mhd Nasir berkata: "(Mereka) tidak dimaklumkan. Mereka boleh baca melalui akhbar, media dan Facebook. Boleh boleh baca mesej di situ".

Mengenai pelantikan semula sebagai Anggota Majlis, beliau yang telah lapan tahun menjadi anggota PAS, berkata pihaknya menerima kritikan daripada sesetengah pihak berhubung perkara itu.

Menyifatkan ia sebagai lumrah kehidupan, Mhd Nasir yang pernah menjadi Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gelugor berkata dalam politik tidak ada istilah berkawan dan bermusuh selamanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana