DAP CURIGA DENGAN PKR DI SELANGOR KERANA AZMIN MENYEMBUNYIKAN SESUATU,KATA TONY PUA
DAP akan mengadakan pertemuan kali kedua bulan depan selepas perjumpaan dengan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini tidak membuahkan sebarang hasil berhubung kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat (PR).
Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua ketika ditemui di Pejabat Menteri Besar di bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam berkata, PKR mengambil sikap tidak berterus terang dengan persoalan DAP mengenai bekas rakan gabungan mereka, Pas.
“Apapun, kita menganggap pertemuan hari ini berjalan lancar walaupun banyak kata putus yang ditunggu oleh DAP tidak berjawab. Kita akan jumpa sekali lagi, mungkin selepas hari raya (Hari Raya Aidilftri) ini,” katanya.
Ditanya antara agenda perbincangan hari ini, Tony berkata, ia berkaitan hubungan DAP dengan PKR selepas PR tidak lagi berfungsi dengan kedegilan Pas keluar dari pakatan.
Menurutnya, mereka juga turut berbincang mengenai kedudukan Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya berlaku perubahan di luar jangka.
Menjawab lebih lanjut soalan wartawan dengan kenyataannya itu, Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara memberitahu, apa yang dimaksudkannya ialah kemungkinan Pas Selangor akan menarik diri dan bergabung dengan Barisan Nasional (BN).
“Itu jangkaan saya. Saya tidak bermaksud begitu sebenarnya. Tapi kita harus sentiasa berwaspada,” katanya.

Comments