Mat Sabu, Mahfuz digugur daripada jawatan Pesuruhjaya PAS negeri...Padan Mukanya

BANGI, Sabtu – Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau Mat Sabu hari ini digugurkan daripada jawatan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, diganti oleh Mohd Fauzi Yusof.

Tindakan menggantikan Mat Sabu yang sebelum ini lebih ‘mesra’ DAP dan menentang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dilihat oleh pemerhati politik sebagai langkah ‘pembersihan’ kumpulan yang tidak sehaluan dengan kepemimpinan baharu parti itu.

Mat Sabu pada Muktamar Agung PAS Ke-61 baru-baru ini gagal mempertahankan jawatan Timbakan Presiden apabila tewas kepada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man daripada ‘kem ulama’.

Berikutan keputusan Dewan Ulama PAS meluluskan usul menamatkan hubungan kerjasama dengan PAS, Mat Sabu yang turut memegang beberapa jawatan dalam anak syarikat Kerajaan DAP Pulau Pinang, meletak jawatannya.

Turut sama digugurkan ialah Pesuruhjaya PAS Kedah yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, yang digantikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit, Datuk Amirudin Hamzah.

Orang kuat Mat Sabu di Melaka, Haji Adly Zahari juga digantikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Kamaruddin Sidek.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Presiden PAS hari ini turut menyenaraikan pelantikan 14 Pesuruhjaya PAS negeri bagi penggal 2015-2017 yang menyaksikan enam negeri mendapat pesuruhjaya baharu.

Tiga negeri lagi yang mendapat pesuruhjaya baharu selepas mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat penggal 2015-2017, Rabu lalu ialah Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

Di Pahang, Tuan Ibrahim yang kini Timbalan Presiden PAS digantikan oleh ADUN Tanjung Lumpur, Rosli Jabar.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, yang pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Johor dilantik semula ke jawatan itu menggantikan ADUN Parit Yaani, haji Aminulhuda Hassan.

Sementara itu, Mustafa Daharun menggantikan bekas ADUN Paroi, Mohd Taufek Abd Ghani di Negeri Sembilan.

Jawatan bagi negeri-negeri lain kekal.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana