Bukan Kita Tak Tahu Berbelit Belit....Tolak hudud tetapi Wan Azizah mahu Shafee didakwa qazaf

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail didakwa mengamalkan politik cakap tak serupa bikin.

Ini kerana, Wan Azizah secara terang menolak Rang Undang-undang Hudud yang cuba dilaksanakan PAS di wawi hududKelantan namun mahu pula hukuman hudud qazaf dikenakan terhadap Tan Sri Shafee Abdullah yang didakwa menuduh bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan perbuatan liwat.

Bekas ahli parlimen Kulim Bandar Baharu yang juga bekas peguam Anwar, Zulkifli Noordin dalam kenyataan mendakwa tindakan Wan Azizah itu jelas menunjukkan sikap hipokrit politik PKR yang bersedia mempermainkan hukum hudud hanya untuk kepentingan peribadi dan politik mereka.

Menurutnya, Wan Azizah membuat laporan mengikut Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syarie Selangor berkaitan kesalahan hudud qazaf terhadap ‘orang yang menuduh orang lain melakukan zina’.

Shafee pula katanya didakwa menuduh Anwar melakukan liwat sebagaimana yang diputuskan Mahkamah Persekutuan sedangkan Enakmen Jenayah Syariah secara jelas menyatakan bahawa ‘zina’ tidak termasuk perbuatan liwat.

harun hududSehubungan itu, beliau menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) supaya menolak laporan hudud qazaf terhadap Shafee.

Zulkifli juga menggesa seluruh rakyat termasuk umat Melayu-Islam khususnya ahli PAS supaya dapat melihat dan menolak sandiwara politik batil PKR.

PAS juga tegasnya, wajib memutuskan segala bentuk kerjasama politik dengan PKR sebagaimana yang parti itu lakukan terhadap DAP demi mempertahankan maruah agama Islam.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan beliau.

KENYATAAN MEDIA

pas vs pkrSaya merujuk kepada kenyataan media oleh DS Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkaitan lapuran hudud qazaf terhadap Tan Sri Shafee Abdullah konon menuduh Anwar Ibrahim berliwat.

Lapuran dibuat dibawah Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syarie Selangor berkaitan kesalahan hudud qazaf.

1. Seksyen 36 hanya berkaitan hukuman hudud qazaf terhadap ‘orang yg menuduh orang lain melakukan zina’.

2. Sedangkan dakwaan terhadap TS Shafee adalah berkaitan menuduh Anwar melakukan liwat sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Oleh itu, berdasarkan Enakmen Jenayah Syariah, ‘zina’ tidak termasuk liwat!

3. Atas alasan inj sahaja saya mendesak JAIS supaya menolak lapuran hudud qazaf terhadap TS Shafee.

4. DS Wan Azizah pernah menegaskan termasuk semasa kempen PRK Permatang Pauh bahawa PKR menolak cadangan PAS untuk mengemukakan RUU berkaitan hudud, dan jika dibawa ke Parlimen beliau tidak akan menyokongnya.

5. Jelas ini adalah amalan politik dualam & cakap tak serupa bikin. Dalam menolak RUU Hudud PAS, mereka mahu hukuman hudud qazaf dikenakan terhadap TS Shafee.

6. Ini adalah satu sikap hipokrit politik yang membuktikan PKR bersedia mempermainkan hukum hudud hanya untuk kepentingan peribadi dan politik mereka!

7. Saya berharap rakyat termasuk umat Melayu-Islam khususnya ahli PAS dapat melihat sandiwara ini dan menolak politik batil yang dibawa oleh PKR.

8. Malah PAS wajib memutuskan segala bentuk kerjasama politik dgn PKR sebagaimana mereka lakukan terhadap DAP demi untuk mempertahankan maruah Islam!

Sekian terima kasih.

Yang benar

Zulkifli Noordin
Jumaat
09 Ramadhan 1436
26 Jun 2015

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana