Tabik Lah PDRM....Setiausaha Jingga 13 ditahan ugut KPN

KUALA LUMPUR: Polis menangkap seorang aktivis propembangkang awal pagi tadi untuk membantu siasatan terhadap tweetnya yang didakwa mengugut Ketua Polis Negara.

Sebuah portal berita melaporkan aktivis ditahan itu ialah Setiausaha Jingga 13, Irwan Yahya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bandaraya, Penolong Pesuruhjaya Kanan Zainuddin Ahmad mengesahkan tangkapan itu.

Katanya, lelaki itu ditahan oleh sebuah pasukan polis di Banting pada kira-kira 1.30 pagi.

“Dia ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 506 dan 505(b) Kanun Keseksaan,” tambahnya.

Zainuddin berkata, polis akan memohon perintah reman terhadap Irwan hari ini.

Pada 28 Mac, Irwan didakwa menyiar tweet kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyatakan penangkapan pemimpin kanan Pakatan Rakyat akan memudahkan penyokong muda mereka untuk mengajar Khalid.

"Biarkn @KBAB51 mnahan klau blh smua leader senior PR..agr mdh bg kmi mgjar igp mgikut cra org mda tpa skatan senior2 PR..igp..bersedialah..," said the tweet, which was posted via tweethandle @irwanyahya.

Kira-kira sejam kemudian, Khalid dalam jawapannya kepada tweet itu berkata:

"Adik @irwanyahya, @PDRMsia cuma jlnkan Amanah kami demi ketenteraman dan kesejahteraan Rakyat. Mengugut saya tidak manis."

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL