GST: BILA OSTAD PENYESAT KAKI KHIANAT...MASIH TAK RETI GST...

Menjelang akhir zaman memang banyak orang yang merasakan dirinya beriman dan diyakini masuk syurga akan menyalahgunakan ilmunya untuk mengeluarkan fatwa-fatwa yang tidak mengikut fakta, tetapi banyak auta dan dusta.

Mereka tidak mempunyai ilmu dalam sesuatu perkara tetapi berlagak pandai seolah-olah mereka alim dan arif dalam semua bidang.

Realitinya mana mungkin seorang tukang urut jalanan bercakap di pentas-pentas ceramah mengenai teknologi aeroangkasa...tentu orang meragui kelayakkannya.

Sama juga kalau seorang pakar munakahat, berbicara hebat pong pang pong pang mengenai muamalat. Pengetahuannya mungkin boleh diragui kerana itu bukan bidangnya.

Samalah dengan Ostad pencari makan dengan berceramah ni.

Kalau tak tahu hujung pangkal kenalah belajar.

Kalau nak masuk rumah orang bagilah salam, jangan rempuh jer.

Kamu yang mendapat nikmat-nikmat duduk di Malaysia ni semuanya adalah hasil dari kutipan cukai.

Cukai SST 16% selama ini telah dihapuskan lalu diganti dengan sistem cukai baru bergelar GST hanya berkadar 6%.

Kalau ada peniaga sesuka hati naikkan harga barangan walaupun cukai dikurangkan, maka itu adalah kesalahan para peniaga.

Kamu sendiri sebagai rakyat dan pengguna juga bersalah jika masih berdiam diri tidak mahu laporkan kepada pihak kerajaan.

Apa jasa kamu wahai Ostad pada negara dan ummah ini bila melihat para peniaga tamak sesuka hati menzalimi rakyat?

Kamu diam sajakah dan hanya tahu menyalahkan kerajaan semata-mata?


Mana sifat tabligh iaitu berkewajipan menyampaikan dakwah mengajak kepada kebaikan dan membenteras penyelewengan para peniaga yang khianat pada pengguna?

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL