RAFIZI GAGAL KELUARKAN BUKTI !!! MERAPU BILA KENA KITAI DENGAN LOKMAN ADAM

Malam tadi telah diadakan satu perdebatan diantara Rafizi Ramli, Dr Zaharuddin serta Lokman Nor Adam berkenaan dengan GST di Universiti Malaya.

Rafizi Ramli tidak mampu untuk menghuraikan apa itu GST yang dikatakan selama ini menyusahkan rakyat dan bakal membebankan rakyat.

Oleh kerana terlalu hendak menunjukkan bahawa GST itu bermasaalah dan untuk mematahkan hujah Lokman Adam, Rafizi mungkin tidak mengkaji bahawa permulaan cukai GST di Singapura sebenarnya bermula dengan 3% dan bukan 2% seperti yang disebutkan oleh beliau pada malam ni.

Lagi satu, mungkin untuk menunjukkan kehebatan beliau yang sebelum itu ditangkap oleh pasukan polis diatas akta perhimpunan aman, Rafizi jelas menipu bahawa beliau mengatakan bahawa jika beliau tidak dibebaskan untuk pergi ke UM malam ini maka pelajar UM akan merempuh balai polis Dang Wangi.

Alamak bro, ingat budak budak yang datang tu bodoh ke, itu semua budak budak terpelajar la, bukan cikai cikai nak dilambung dengan kata kata macam tu.

Berbalik pada kisah debat malam tadi, Rafizi jelas tidak mampu mengeluarkan fakta berbanding dengan Lokman Adam yang menjelaskan secara terperinci berkenaan dengan GST.

Rafizi hanya mampu membuat perbandingan dengan negara luar yang mana jelas dan nyata kadar GST mereka adalah tinggi.

Ini ke tahap pemikiran seorang Ahli Parlimen yang Sangkakala rasa kalau tak menipu bukan Rafizi namanya.pelajar pelajar yang hadir tadi lebih memahami apa itu GST yang diterangkan oleh Lokman Adam berbanding dengan kisah merapu Rafizi Ramli.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana