Jokowi umum GST Indonesia 16 peratus
Enggan tertinggal dengan jiran terdekatnya Malaysia, Presiden Indonesia Joko Widodo hari ini mengumumkan bahawa republik itu akan turut melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April ini.
Bagaimanapun, tidak seperti Malaysia yang memulakan cukai kontroversi itu dengan kadar 6 peratus, Indonesia sebaliknya akan bermula dengan 16 peratus – 10 peratus lebih tinggi daripada Malaysia.
“Pak (Datuk Seri) Najib (Razak) di Malaysia sudah berkali-kali bilang GST itu bagus. Kalau bagus, waduh, kenapa harus 6 peratus saja? Jadi saya naikkan GST di Indonesia sebagai 16 peratus.
“Moga-moga negara kita 10 peratus lebih makmur berbanding Malaysia dan tenaga kerja kita tidak lagi perlu mencari rezeki di sana,” kata Joko yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Pengumuman kontroversi itu diumumkan di hampir semua saluran televisyen utama Indonesia sebentar tadi.
Sementara itu, rata-rata pengguna Internet di negara itu menyambut baik cadangan Jokowi itu.
Tidak disangka-sangka, mereka malah merancang mengadakan demonstrasi besar-besaran di Istana Presiden di Jakarta bermula pagi esok jika kerajaan tidak melaksanakannya dengan segera.
“Kalau bagus kenapa harus ditangguh-tangguh. Laksanakan saja sekarang,” kata Bambang (satu nama), seorang aktivis daripada Jaringan Indonesia Kaya bersama Rakyatnya (JIKR).
Kepala Kepolisian Republik Indonesia (Kapolri) Timur Pradopo menulis di Twitter sebentar tadi menggalakkan orang ramai turut berdemonstrasi beramai-ramai untuk “meraikan demokrasi”. – Bernipu

Comments