MENJELANG 50 JANUARI: KETUM MAKIN GALAK BERBOHONG.!!

Bila bercakap mesti bohong, kalau nak berbohong mesti bercakap. Banyak cakap banyaklah bohong. Asal bukak mulut mesti bohong, asal bohong mesti bukak mulut.

Kalau sehari tak bohong mungkin tak boleh hidup. Kalau dia nak terus hidup dalam pentas politik mesti banyak berbohong.

Macai-macai di bawahnya juga kena banyak berbohong dan kelentong. Kalau tak auta bukan macai PRongok namanya.

Begitu Anwar Berahim kalau sehari tak berbohong hidupnya sepi dan pengikutnya lari. Mulalah ia meroyan memuji-muji diri dan bini sendiri.

Terbaru si KETUM Anwar bohong lagi mendakwa nilai ringgit menjadi matawang paling lemah kerana menyusut dari RM3.32 kepada RM3.55 berbanding US$1.00 sejak setahun lalu. Kononnya ia paling rendah dalam sejarah kewangan negara.

Pembohongan Anwar kebanyakkannya dihadam begitu enak sekali oleh para pencacainya di bawahan. Anwar Ibrahim mungkin mempunyai daya ingatan yang lemah atau beliau suka bercakap bohong.

Adakah ini petanda penyakit nyanyuk mula menjangkiti Anwar?

Masa Anwar jadi Menteri Kewangan dulu beliau sendiri menyaksikan kejatuhan ekonomi Malaysia dengan kedudukan matawang ringgit berada diparas terendah iaitu RM4.88 berbanding USD1 pada tarikh 7 Januari 1998.

Waktu itu juga inflasi berada dalam keadaan teruk dan ramai rakyat sengsara, banyak syarikat gulung tikar. Ada yang kena berhenti kerja dan ada yang gila. Waktu tu kebanyakkan pencacai muda PKR, PAS dan DAP masih lagi memakai lampin pakai buang menghurung botol susu ke hulu ke hilir dengan hidung berhingusan menceceh.

Tapi Anwar ketika itu telah meminta pertolongan dari dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk memulihkan ekonomi Malaysia. Selepas dipecat Anwar berbaik pula dengan George Soros si penyanggak yang telah menghancurkan ekonomi kita.

Mujur ada Dr Mahathir yang ketika itu telah menambat ringgit Malaysia kepada RM3.80 untuk US$1.00 bermula September 1998 hingga 2005.

Anwar mungkin buat-buat lupa pada tahun 2009 dulu nilai Ringgit kita telah mencapai RM3.73 bersamaan dengan US$1.00. Akhirnya nilai tersebut semakin kukuh semula pasca merudumnya ekonomi US akibat krisis ekonomi tahun 2008.

Mungkin Anwar boleh menipu macai-macainya yang bodoh dan bangang ekonomi itu, tetapi dia tidak boleh membodohkan semua orang setiap masa.

Mungkin kerana dia mahu menonjolkan diri sebagai bekas Menteri Kewangan yang hebat maka dia pun serang mantan-mantan Menteri Kewangan seperti Tun Daim dan Tun Mahathir melalui proksi-proksinya di dalam sektor kerajaan dan swasta.

Matlamatnya jika dia tak berjaya cara kasar, maka dia akan cuba cara halus pula...Tapi setiap kali dia berbohong maka setiap kali itulah dia kantoi.

Matlamat Anwar dan pembangkang bila masyarakat risau tentang ekonomi negara maka mereka mudah dipengaruhi untuk bangkit memberontak menghuru-harakan negara.

Tokey-tokey kapitalis sudah bersedia dan telah menaikkan harga barang walaupun harga minyak dah turun. Semuanya ada share untuk membantu Anwar naik ditampuk kuasa melalui kuasa rakyat di jalanan.

Jika berjaya apa yang Anwar akan beri pada mereka?

Bila tak puas hati dengan kos sara hidup yang tinggi, rakyat mudah diprovokasikan dan akan bangkit menentang GST. Isu-isu ketirisan, rasuah, kelemahan akan jadi bahan api untuk membakar perasaan rakyat.

Mudahkan nak baca game Anwar...semuanya kerana dia tak mahu masuk penjara sebab kes liwatnya.

Lebih baik rasanya Anwar dan Jijah jaga cucunya anak si janda Izzah tu dari dok merapu dan menipu sepanjang waktu..

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL