Azmin Ali Takut Bincang pelucutan gelaran 'Datuk Seri' Anwar

SHAH ALAM: Menteri Besar, Azmin Ali terus mengelak daripada menjawab soalan wartawan berhubung isu pelucutan gelaran 'Datuk Seri' terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Sultan Selangor baru-baru ini.

"Tak ada komen. Terima kasih," katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan SKIMSEL di sini sebentar tadi.

Sultan kelmarin menarik balik Darjah Kebesaran Seri-Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang dikurniakan kepada Ketua Umum PKR itu sejak 1992, berkuatkuasa pada 3 November lalu.

Dalam satu kenyataan istana, keputusan untuk membatalkan gelaran Anwar dilakukan kerana pemimpin itu sering mempersoalkan integriti Sultan dan institusi Raja dalam krisis menteri besar baru-baru ini.

Sebelum ini Azmin gagal memberikan respon berhubung perkara ini, sekaligus mengundang tanda tanya mengenai status Anwar yang dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor samada diteruskan atau tidak.

Dalam perkembangan berlainan Azmin berkata kerajaan negeri belum menerima sebarang maklum balas berhubung perkembangan terkini kontroversi Lebuhraya Kinrara – Damansara (Kidex).

"Setakat ini, kerajaan negeri masih belum menerima maklum balas berkenaan syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

"Saya dah umumkan dalam belanjawan, dalam pertemuan dengan LLM saya dah maklumakan. Ini pendirian kerajaan negeri tentang lebuhraya di selangor," tambahnya.

Terdapat desas-desus mengatakan bahawa Kidex sudah bersetuju dengan syarat yang diberikan kerajaan negeri.

Sebelum ini Azmin memberitahu Kidex mesti mendedahkan kepada awam butiran perjanjian konsesinya dengan Putrajaya jika ia mahu kerajaan Selangor mengkaji semula projek tersebut.

Azmin berkata, beliau memberi tiga tuntutan kepada Kidex Sdn Bhd dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan mahu ia dilaksanakan sebelum tempoh perjanjian konsesi luput pada 15 Februari tahun depan.

Dua lagi syarat ialah pendedahan sepenuhnya kadar tol dicadangkan dan pulangan daripada lebuh raya berkenaan serta bukti melalui kajian impak trafik bahawa projek itu akan menguntungkan pengguna dan penduduk Petaling Jaya, tambah Menteri Besar Selangor itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana