ADUN DAP 'kantoi' di Genting... mengaku main judi untuk bersantai

Alamak... ini kisah seorang ahli politik DAP yang juga ADUN Keranji, Perak Chen Fook Chye yang mengaku kepada akhbar Cina Sinchew Daily gambar lelaki yang berjudi dan tersebar luas di media sosial itu dirinya.
Gambar yang dikesan media cina itu tersebar luas melalui laman media sosial disertakan dengan 'caption' "ADUN DAP Perak pergi ke Genting Highlands, sementara bahagian (DAP) asyik merungut kemiskinan".

Sinchew Daily melaporkan Fook Chye ketika dihubungi mengaku lelaki dalam gambar itu merupakan dirinya tetapi mempertahankan tindakannya yang berjudi di Genting Highlands.

Menurutnya, dia tidak berjudi besar tetapi sekadar memilih untuk bersantai dengan cara bermain judi.

Menurutnya lagi, disebabkan penat dengan tugasan harian maka dia memilih untuk menaiki bas ke Genting Highlands dengan tambang RM8 seorang.

Jelasnya, gambar itu dirakamkan pada 30 November di mana dia turut menukarkan tunai RM300 untuk perjudian selain mendapat sekeping kupon makanan secara percuma.

Katanya lagi, tujuannya ke Genting Highlands bukan dengan niat atau emosi berjudi tetapi untuk bersantai dan kasino yang dikunjunginya adalah sah di sisi undang-undang.

Fook Chye tidak mengulas tentang tindakan individu tertentu yang merakamkan gambarnya yang sedang berjudi.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL