Video seks penyanyi Indonesia Ridana imbau sejarah hitam Ariel Peterpan

Jika sebelum ini tiada siapa pun yang mengendahkan salah seorang anggota kumpulan D Mantans, Rinada namun keadaan bertukar selepas klip video panasnya tersebar baru-baru ini.
Turut tersebar di alam maya sebanyak 18 keping gambar aksi Rinada yang dimuat naik menerusi sebuah blog porno sebelum kes itu menjadi polemik dalam kalangan masyarakat tidak lama kemudian.

Ini kerana ramai tidak menyangka Rinada yang memiliki wajah sederhana dan kurang bercakap itu rupa-rupanya bersikap sebaliknya.

Berita panas itu sekaligus menyebabkan penyanyi berusia 33 tahun ini dilabel Ariel Peterpan versi wanita sementelah kedua-dua mereka berasal dari Bandung, Indonesia.

Rinada juga dikecam kerana memalukan industri hiburan Indonesia apabila sempat merakam wajah sendiri dengan berpakaian seragam kakitangan awam sebelum melakukan hubungan seks.

Umum mengetahui Rinada bekerja sebagai penyanyi untuk upacara rasmi yang dianjurkan Pemerintah Kota Bandung (Pemkot Bandung) jika tidak terikat dengan sebarang aktiviti seni bersama-sama D Mantans.

Kes video panas Rinada turut menarik perhatian Datuk Bandar Bandung, Ridwan Kamil yang kemudiannya tampil membuat kenyataan kepada media Indonesia.

Menyifatkan tindakan Rinada seperti menconteng nama institusi Pemkot Bandung, Riduan juga bertegas mahu pihak penguatkuasa membuat siasatan secara telus.

"Sebagai manusia saya memaafkan tindakan Rinada. Tapi ini adalah masalah institusi. Jadi biarkan undang-undang yang menentukan nasib Rinada," kata Ridwan yang mengakui kes Rinada kini dalam siasatan.

Pun begitu spekulasi penyebaran klip video Rinada sudah pun bermula. Banyak pihak yang mempercayai kejadian itu angkara bekas suami keduanya, Yadi Kurnia selepas mereka bercerai setahun lalu.

Tidak diketahui apa motif sebenar Yadi untuk memalukan Rinada namun banyak pihak mula mempercayai wajah lelaki di sisi Rinada itu mirip Yadi.

Apatah lagi jelas kelihatan dalam klip video itu wajahnya sengaja dikaburkan seolah-olah mahu menyembunyikan identitinya daripada diketahui umum.

Sebelum berkahwin dengan Yadi, Rinada pernah berkahwin dengan Andhika yang merupakan ahli kumpulan The Titans.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 1997 sebelum bercerai tiga tahun kemudian. Menerusi perkahwinan itu pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan bernama Sherin yang kini berusia 15 tahun.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana