Video Hadi hentam Wan Azizah ditayang di himpunan PAS Selangor...

Mengikut jadual asal Datuk Seri Haji Hadi Awang sepatutnya hadir menutup Ijtima PAS Selangor di sebuah dewan di Serdang Jaya pada jam 5.15 petang Ahad .
Namun beliau tidak hadir.Ikut ceritanya beliau kurang sihat.Sebelum itu pada sebelah tengahari beliau juga tidak hadir mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur.

Sabtu malam beliau juga tidak hadir di satu majlis ceramah PAS di Bangi.

Program Ijtima atau himpunan PAS Selangor agak mencuri perhatian.Ini dilihat dalam kontek kehangatan isu Menteri Besar sekarang.

Ramai yang menduga program itu adalah sebahagian dari roadshow Haji Hadi untuk beri penerangan tentang pendirian beliau mengenai isu berkenaan menjelang Muktamar PAS di Batu Pahat pada 18 hingga 20 September ini.

Sekitar lebih 600 orang ahli dan pimpinan pelbagai peringkat PAS Selangor hadir pada himpunan yang bermula jam 2 petang itu.

Sekalipun beliau tidak hadir namun mesej beliau telah disampaikan kepada hadirin.

Video majlis penerangan dan dailog beliau di Rusila,Terengganu Jumaat lalu dimana antara lain Presiden PAS itu hentam Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak layak jadi Menteri Besar kerana tidak mampu mentabir ditayang pada hadirin di pembukaan himpunan itu.

Hadirin nampak mengikuti dengan teliti penjelasan beliau yang panas itu.

Beberapa orang ahli PAS yang hadir ketika ditemui kata mereka puashati dapat mendengar penjelasan Haji Hadi sekalipun menerusi video sahaja.

Antara yang hadir beri ceramah di himpunan itu ialah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Beliau bagaimanapun ambil 'jalan selamat' lebih banyak bercerita tentang kebaikan Pakatan Rakyat yang banyak menguntungkan PAS kebelakangan ini berbanding isu Selangor.

Persuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad dalam ucapannya pula meminta ahli PAS jangan hilang fokus walaupun berdepan dengan ribut kencang isu Menteri Besar.

Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang menutup himpunan itu bagi pihak Haji Hadi pula mengingatkan ahli PAS jangan termakan dengan sebarang fitnah terhadap Presiden PAS.

Katanya tidak mungkin Presiden PAS buat keputusan tanpa fikir mendalam."Kita hendaklah bersabar menghadapi cabaran ini,"katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana