MB SELANGOR: PAS AKHIRNYA DEDAHKAN MEREKA TIDAK BERSETUJU DENGAN PEMILIHAN WAN AZIZAH

Ekoran PAS mencalonkan tiga nama dalam pemilihan Menteri Besar Selangor dengan turut mencalonkan Pengerusi PAS Selangor sebagai antara calon mewakili PAS selain Wan Azizah dan Azmin Ali telah menyebabkan PKR mengecam PAS sebagai rakan yang tidak boleh dipercayai.

Susulan daripada kenyataan Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution  yang mengecam PAS, akhirnya PAS membongkar kisah sebenar mengapa Wan Azizah bukan pilihan PAS?

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membongkar kisah di sebalik pertukaran jawatan Menteri Besar Selangor apabila mengakui PAS sejak sekian lama tidak bersetuju dengan pemilihan Wan Azizah Wan Ismail bagi memimpin pentadbiran negeri tersebut.

Beliau turut menyangkal dakwaan PAS menolak pencalonan Azizah atas sebab statut jantina semata-mata.

“Kemudian perlantikan perempuan sebagai Menteri Besar, adakah sebab ini. Dia nak lantik pemimpin ini banyak syarat-syarat dia.

"Antaranya pemimpin itu sendiri mesti ada kebolehan, ada kebolehan, kelayakannya untuk jadi pemimpin.

"Kalau daripada awal lagi dia tidak ada kebolehan untuk jawab soalan di Parlimen, untuk soal di Parlimen, soal dalam Dewan Negeri, nak berdialog dengan lawan dalam Dewan Negeri pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin? Ini tak boleh.

"Jadi syarat-syarat ni dah dok lepas, bila tak lepas syarat ni maka tak boleh jadi pemimpin, bukan dengan sebab perempuan dengan sebab lelaki.

"Jadi, yang sebenarnya, sebab kita tolak calon di Selangor tu kerana tak layak daripada awal-awal lagi, bukan dengan sebab dia perempuan, bukan dengan sebab itu.

"Tak boleh, tak mampu untuk mengendalikan pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor. Ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga Negeri Selangor. Itu yang sebenarnya. Bukan dengan sebab dia perempuan, katanya dalam ucapan di Majlis Dialog dan Penjelasan Isu Terkini bersama Presiden PAS di Rusila, Terengganu.

Abdul Hadi turut berkata, kesemua tuduhan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim telahpun dijawab dan selesai sebelum PKR memutuskan untuk mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Katanya, Khalid sendiri telah menjawab kesemua tuduhan itu di hadapan beliau sendiri bersama dua pemimpin PAS, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

"Masa sesi penghakiman itu Khalid dapat jawab semua soalan yang ditanya pasal tuduhan-tuduhan itu.

"Sekalipun didapati Khalid tidak salah namun kemudian PKR tetap nak buat pilihan raya kecil," katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa jawatan Menteri Besar Selangor tidak sewajarnya ditukar dan tindakan sebaliknya dilakukan PKR sebagai salah satu percaturan politik parti itu semata-mata.

Beliau juga menjelaskan PAS terpaksa hantar tiga nama calon Menteri Besar kepada Sultan Selangor sebagai memenuhi titah baginda.

"Tak kan PAS bodoh...tak reti bahasa. PKR-DAP tidak boleh ikat kita. Itu hak kita," ujarnya.

Abdul Hadi menyokong kepimpinan Khalid Ibrahim yang merupakan seorang pemimpin amanah dan tiada sebab pertukaran jawatan itu dilakukan secara tergesa-gesa.

Mengenai dakwaan PAS dikatakan berpecah kepada dua kumpulan termasuk golongan yang tidak puas hati pendirian PAS mengkhianati semangat permuafakatan PR, Abdul Hadi dengan tegas menyelar kumpulan tesebut dan menggesa pihak yang berpendirian membelakangi parti menubuhkan parti sendiri.

"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam," ujarnya disambut dengan laungan takbir dari kalangan sekitar 1,000 orang yang hadir di majlis itu.

Beliau juga dengan nada berseloroh berkata, jika ada seekor nyamuk menyebabkan tidak lena tidur.

"Kalau duduk dalam, kalau ada nyamuk seekor tak jenera (lena) tidur kita pun, itu dia, senang nak tubuh parti, sila...," tegasnya.

Bercakap tentang hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat, beliau tegaskan PAS sebagai parti adalah utama.

Katanya jika parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat langgar janji maka kena tengok balik dari masa ke semasa.

"Kalau tak ikut syarat (ahli PAS) kena setia pada PAS," tegasnya.

Dalam perkembangan sama, semasa sesi soal jawab, Abdul Hadi turut menjawab isu tawaran kepada Tengku Razaleigh Hamzah untuk menyertai PR tidak lama dulu.

"Sebenarnya PKR dan DAP yang mulakan langkah untuk pujuk Tengku Razaleigh.

"Bila gagal, PAS pula diminta pujuk beliau," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana