Amaran Hishammuddin Kepada Penghasut Pemisah Malaysia

SHAH ALAM 4 September - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberikan amaran tegas terhadap segilintir pihak yang sengaja menghasut agar negeri Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia demi kepentingan politik peribadi.

Hishammuddin berkata, rakyat di negara ini harus mengambil iktibar dengan kejadian-kejadian di luar negara yang bergolak yang juga berpunca dari permainan politik individu-individu tertentu di negara tersebut.

"Saya ingin ingatkan kepada mereka ini, jika hendak berpolitik, berpada-pada, jika kita lihat peperangan yang berlaku di Ukraine bermula dengan demontrasi jalanan di Kiev dengan melaungkan hak untuk berhimpun.

"Kita lihat apa yang mereka katakan dengan perhimpunan aman di Pakistan, berapa yang telah terkorban di sana dalam demonstrasi yang kononnya aman," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas Majlis Pemakaian Beret PBB, Penyerahan Jalur Gemilang dan Penghantaran Kumpulan Pertama Batalion Malaysia 850-2 ke Lubnan di Pangkalan Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, hari ini.

Beliau menjelaskan, rakyat juga tidak seharusnya memandang remeh keadaan politik setakat hari ini walaupun beberapa siri demontrasi sebelum ini tidak menjurus kepada pergolakan yang serius.

Katanya, tindakan pihak yang kononnya ingin membawa keluar Sabah akan menyebabkan krisis besar yang melibatkan seluruh negara dan membebankan anggota keselamatan negara ini.

"Setakat hari ini, kita perlu bersyukur, kerana tindakan-tindakan sebelum ini tidak mendatangkan padah sebegitu rupa, tetapi kita kena berhati-hati.

"Dalam konteks Sabah, mereka yang ingin berpolitik sangat konon untuk membawa negeri itu keluar dari Malaysia, saya ingin ingatkan kepada mereka apabila pencerobohan berlaku seperti peristiwa di Lahad Datu, akhirnya mereka yang dari semenanjung yang terkorban.

"Jadi saya ingin ingatkan sekali lagi, jangan hendak berpolitik sangat melibatkan negeri Sabah," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana