TV3 DIKECAM KERANA TIDAK HORMAT ALLAHYARHAMAH DATUK SHARIFAH AINI.

Biduanita Negara, penyanyi Datuk Sharifah Aini diberitakan telah meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi (5 Julai 2014) di Pusat Perubatan Pakar Damansara, Petaling Jaya. Satu kehilangan yang besar dan diselubungi kesedihan didalam industri hiburan negara yang pasti akan dirasai akibat daripada serangan penyakit fibrosis paru-paru atau paru-paru berparut.

Dalam kenyataan yang lalu, Allahyarhamah Sharifah Aini pernah mengeluarkan kenyataan kepada TV3 dan rakan media sebagaimana berkata: “Saya ada permintaan kepada stesen TV, kepada kawan-kawan di media. Kalau nak keluarkan gambar-gambar, tolonglah jangan keluarkan yang dulu yang tak berhijab. Kesian kat kita semua. Kami semua dah ‘move on’. Kita tak kata kita baik, tapi kita nak jadi baik. Kita nak dekat dengan Allah. Setiap hari kita mencari keredhaan Allah.”

Walau bagaimanapun, melalui program yang disiarkan di TV3 telah mengingkari pesanan Allayarhamah Datuk Sharifah Aini dengan menyiarkan program Majalah 3 saluran TV3 dengan menyiarkan mengenai perjalanan hidup biduanita negara tersebut.

Didalam laporan itu yang memaparkan bual bicara bersama teman-teman rapat Allahyarhamah dan juga rakaman serta gambar-gambar beliau pada ketika masih muda dan belum berhijab.

Ini menimbulkan kemarahan ramai yang disuarakan di laman rasmi FACEBOOK TV3. Bagi pihak Majalah 3, mereka tidak berniat untuk megaibkan arwah Allahyarhamah, tapi sebaliknya hanyalah untuk memberi penghormatan kepada beliau.

Namun, ada kebenarannya seperti yang diperkatakan oleh orang ramai di laman FACEBOOK tersebut. Sebagai dimaklumkan TV3 adalah stesen penyiaran yang ternama dan ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia, pihak TV3 seharusnya lebih peka dengan perkara yang berkaitan dengan Allahyarhamah agar tidak menimbulkan sangkaan buruk kepada saluran tv tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL