"Tidak Akan Berundur, Ada Majoriti Dalam DUN Selangor" - Khalid

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan beliau tidak akan berundur sebagai Menteri Besar Selangor kerana masih mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.

"Saya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor mengikut peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, saya perlu menghormati dan melaksanakan obligasi saya untuk menegakkan peruntukan undang-undang tersebut, yakni saya mendapat sokongan majoriti dalam DUN Selangor," ujar Khalid.

Dalam jawapan kepada surat tunjuk sebab PKR terhadapnya, Khalid menuduh parti itu cuba menggulingkan beliau menerusi Langkah Kajang tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.

"Saya tidak pernah bersetuju tindakan Langkah Kajang yang dilakukan serta tindakan Encik Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai ADUN Selangor tanpa alasan munasabah," katanya lagi memetik jawapan surat tunjuk sebabnya.

Jawapan Khalid itu dimuat naik dalam laman rasmi kerajaan negeri sebentar tadi.

Khalid mendakwa PKR tahu beliau hanya akan berundur apabila semua parti komponen Pakatan Rakyat bersetuju dengan cadangan parti itu dan selepas mendapat perkenan Sultan Selangor.

"Saya kesal Lee Chin Cheh tidak dikenakan sebarang tindakan tata tertib malah telah diberikan oleh parti dan Jawatankuasa Pemilihan Parti untuk bebas bertanding di peringkat Cabang dan Pusat, sedangkan tindakan tersebut telah mencemar nama baik parti di mata parti-parti komponen Pakatan Rakyat serta rakyat Selangor," ujarnya lagi.

Khalid, yang juga ADUN Pelabuhan Kelang berkata layanan parti itu terhadap beliau mencalar nama baik PKR sendiri dalam mentadbir Selangor.

Khalid diberikan surat tunjuk sebab oleh PKR kerana dikatakan enggan akur kepada arahan parti itu untuk meletakkan jawatan sebagai MB dan memberi laluan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku presiden parti.

PKR mendakwa Khalid tidak berwibawa lagi setelah terbabit dalam beberapa urusan mencurigakan dengan pihak swasta.

Bagaimanapun hasrat PKR itu ditolak oleh PAS yang mendakwa Khalid beramanah dan bebas daripada skandal.

PAS mempunyai 15 kerusi dalam DUN Selangor begitu juga DAP.  PKR mempunyai 14 manakala Barisan Nasional 12.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana