Tamparan Buat PKR Dan DAP!!!! PAS langgar tuntutan PKR dan DAP....mesyuarat Exco Selangor jalan lancar

Drama krisis Menteri Besar Selangor jalan terus....Rabu,Tan Sri Khalid Ibrahim masih steady dan tidak goyang.PKR dan DAP terpaksa gigit jari memendam rasa geram amat sangat bila empat Exco Kerajaan Negeri dari parti PAS melanggar tuntutan mereka agar tunjuk solidariti dalam Pakatan Rakyat dengan tidak hadir mesyuarat mingguan Exco yang dipengerusikan oleh Khalid itu.

Malah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah mengingatkan riwayat Pakatan Rakyat boleh terjejas bukan saja di Selangor tetapi seluruh negara jika PAS tidak sokong pertukaran Menteri Besar Selangor.

Mesyuarat Exco berjalan lancar di pejabat Menteri Besar di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Empat PAS yang hadir mesyuarat itu ialah Iskandar Samad yang juga Persuruhjaya PAS Selangor,Dr Halimah Ali,Dr Ahmad Yunus Hairi dan Sallehen Mukhyi.

Khalid yang berwajah riang muncul untuk beri sidang akhbar pada jam 12.30 tengahari selepas mempengerusikan mesyuarat itu mengumumkan bahawa pemecatan lima Exco yakni dua dari PKR Elizabeth Wong dan Dr Daroyah Alwi dan tiga dari DAP Datuk Teng Chang Kim.Eng Yong Hian dan V Ganabatirau telah diperkenaan oleh Sultan Selangor.

Katanya Sultan Selangor telah membalas surat permohonan untuk mendapat perkenaan itu dua jam selepas dia dipersembahkan kepada baginda Selasa.

"Saya telah menulis surat kepada Sultan pada pukul dua petang semalam selepas menerima maklumat bahawa Exco berkenaan tidak mahu lagi mempunyai sebarang hubungan dengan Menteri Besar.

"Sultan Selangor telah membalas surat ini secara bertulis dalam tempoh dua jam selepas menerimanya dan memperkenankan pemecatan Exco berkenaan," katanya.Beliau juga tunjuk dan baca surat perkenaan dari Sultan pada wartawan.

Dengan ini isu lima Exco itu cuba mempertikaikan kesahihan pemecatan mereka tidak timbul lagi.

Mengenai kedudukan seorang lagi Exco dari PKR, Dr Rodziah Ismail yang kini berada di luar negara,surat pemecatan belum diserahkan padanya.

Malah menurut beliau Rodziah mungkin dikekalkan sebagai ahli Exco jika beliau menyokongnya.

Khalid menjelaskan lima Exco berkenaan dipecat kerana membuat kenyataan mereka tidak ada hubungan dengan Menteri Besar dan hanya akan ikut arahan parti mereka.

Katanya ini nyata melanggar lafaz ikrar semasa angkat sumpah jawatan masing-masing depan Sultan Selangor dulu.Beliau berharap rakyat Selangor tidak keliru dengan pemecatan mereka kerana ia dibuat secara sah ikut undang-undang sedia ada.

Lima Exco itu telah diminta mengosongkan pejabat mereka.Namun tiada tempoh masa diberikan.

Menteri Besar itu juga berkata pentabiran negeri pimpinannya sekarang adalah sah.Ini kerana mengikut perundangan Selangor ia memerlukan empat ahli Exco untuk mentabir negeri.

Khalid juga beritahu soal perlantikan Exco baru menganti yang lima dipecat itu belum dibincangkan lagi.Katanya tumpuan kini mialah usaha memantapkan pentabiran untuk membangunkan negeri.

Mengenai sokongan 12 Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO pada pentabirannya,Khalid berkata, " kita terima baik...tetapi pentabiran negeri Selangor sekarang diuruskan oleh saya dan empat Exco PAS....penambahan Exco perlu dapat kelulusan Sultan."

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL