Semakin Panas Ni.....Khalid Kosongkan Kerusi DUN?

SHAH ALAM 21 Ogos - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkemungkinan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang sekiranya Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail atau Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilantik menggantikan beliau.

Ditanya mengenai spekulasi itu, Abdul Khalid tidak memberi reaksi sebaliknya hanya menjawab mahu menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terlebih dahulu.

"Tiada komen. Kita tunggu Sultan (Sultan Sharafuddin Idris Shah)," katanya ringkas kepada pemberita di pejabatnya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri, semalam.

Pengunduran Abdul Khalid sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang merupakan antara langkah yang disebut-sebut mungkin diambil oleh Menteri Besar itu bagi menyelesaikan krisis pentadbiran negeri ini apabila mengadakan perbincangan dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah sekembalinya baginda dari luar negara yang dijangkakan Rabu depan.

Selain pengosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang, desas-desus turut bertiup kencang mengatakan beliau mungkin meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar atau membubarkan DUN.

Sebelum ini, Abdul Khalid mendapat sokongan kuat daripada Pas untuk terus kekal sebagai Menteri Besar meskipun telah dipecat keahlian oleh PKR kerana enggan menurut arahan pucuk pimpinan partinya supaya meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Wan Azizah.

Sokongan Abdul Khalid itu jelas dinyatakan oleh Majlis Syura Ulama Pas pada 7 Ogos lalu yang memutuskan Abdul Khalid tidak boleh digugurkan daripada jawatannya selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkannya disingkirkan.

Pendirian Majlis Syura Ulama Pas itu dibuat setelah mengambil kira hukum syarak dengan meletakkan kepentingan rakyat yang perlu didahulukan melebihi kepentingan individu dan parti.

Bagaimanapun, Abdul Khalid dilihat bersendirian apabila Pas menarik balik sokongan terhadapnya selepas Jawatankuasa Pas Pusat pada Ahad lalu memutuskan mencalonkan Azmin bersama-sama Wan Azizah bagi jawatan Menteri Besar bagi menggantikan beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana