Selepas dua ADUN PAS belot...Husam pula mengaum 'pijak kepala' Nik Aziz dan Haji Hadi

Sehari menjelang mesyuarat penting PAS Pusat 17 Ogos untuk menentukan pendirian rasmi mengenai isu jawatan Menteri Besar Selangor siapa pun tidak memberi kata pasti bagaimana Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang 'bersilat' dengan tekanan demi tekanan yang dihadapi.
Begitu juga dengan Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang turut sama mendokong pendirian mahu Tan Sri Khalid Ibrahim kekal pada jawatan Menteri Besar.

Sebagai pembesar utama parti yang sebelum ini siapa pun kalangan saf kepimpinan tidak berani lawan cakap...imej dan kredilibiti mereka berdua telah diheret masuk longkang gara-gara tindakan belot dua Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor,Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin yang isytihar sokongan pada Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail ,Khamis.

Arahan mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS yakni badan tertinggi parti itu baru-baru ini cukup jelas...siapapun tidak dibenarkan keluar kenyataan yang bercanggah dengan Presiden PAS dalam isu Menteri Besar Selangor.

Satu dunia sudah tahu keputusan Majlis Syura Ulama PAS ialah menyokong Khalid selagi beliau tidak didapati bersalah pecah amanah dari segi perundangan.

Namun bukan sahaja Saari dan Hasnul yang gelojoh hendak lompat mendokong kehendak ' Langkah Kajang' Datuk Seri Anwar Ibrahim....kini seorang demi seorang pimpinan atasan yang diketahui umum puak Anwarinas dalam PAS beraksi tunjuk belang.

Terbaru,Jumaat Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menulis artikel panjang belasah Khalid yang antara lain didakwanya telah memperalatkan PAS untuk tujuan politik peribadinya.

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS,Dr Zulkefli Ahmad juga tumpang semangkuk memuja tindakan Saari dan Hasnul yang disifatkannya telah menyElamatkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Membaca dengan teliti tulisan Husam,ramai juga pemerhati politik yang tertanya apakah beliau berpijak dibumi nyata atau sekadar hendak menjilat Anwar.

Husam sepatutnya lebih berhati-hati sebelum bercakap.Ini kerana dengar cerita ramai kalangan orang PAS sendiri meletak dirinya sebagai orang yang tengah frust menonggeng.

Beliau bukan sahaja tewas bertanding kerusi Parlimen Putrajaya dalam PRU13 tetapi kemenangannya di kerusi Dewan Undangan Negeri Salor di Kelantan tidak membawa pulangan apa-apa.

Bekas anak emas Nik Aziz ini bukan sahaja tidak dapat capai impian jadi Menteri Besar Kelantan tetapi jawatan Exco Kerajaan Negeri pun tidak lekat.

Tanpa mempedulikan arahan Majlis Syura Ulama apa lagi nak jaga air muka Nik Aziz dan Haji Hadi...Husam membebal dengan panjang lebar dalam tulisannya.

Husam juga mendakwa seolah Khalid kini sudah bikin cacamarba dalam PAS yang terpaksa ' menanggungnya'.

Soalnya tepatkah dakwaan Husam bahawa Menteri Besar yang tidak berparti itu sedang memperalatkan PAS?

Sebaliknya ada pemerhati yang merasa PAS yang memperalatkan Khalid untuk lawan 'Langkah Kajang' Anwar.

Bagi mereka persefahaman Khalid dengan PAS dalam isu ini adalah atas dasar prinsip dan suka sama suka.

Kalau selak balik ketika kehangatan hendak adakan pilihanraya kecil Kajang,pimpinan PAS berulangkali menegaskan mereka tidak bersetuju pada pertukaran Menteri Besar Selangor.

Pendirian ini diperkuatkan lagi oleh kenyataan peribadi Haji Hadi dan Nik Aziz baru-baru ini menyokong Khalid.Ia pula dimeterikan menerusi keputusan Majlis Syura Ulama.

Soalnya lagi dalam isu 'Langkah Kajang' siapakah yang melanggar pendirian PAS yang tidak mahu pertukaran Menteri Besar.Jawabnya ialah Anwar dan PKR campur DAP.

Apakah Husam yang kononnya berprinsip terus nak anggap Khalid bersalah dalam isu pendedahan PKR untuk ' londeh' Khalid mengenai isu hutang Bank Islam dan sebagainya.

Bagaimana pula Husam boleh pejam mata dan pekakkan telinga dalam isu kes liwat Anwar dan juga dakwaan skandal yang mengaitkan Ketua Umum PKR itu dengan video seks China Doll yang 99.9 peratus tulin.

Kalau bab orang lain puak-puak ini memang cukup lancang dalam mendakwa konon ' pertuduhan terpilih'.Namun bila kena batang hidung sendiri...baru kenal jantan betina.

Melihat pada perkembangan berkaitan isu Menteri Besar Selangor kini semua orang sedang meneropong gelagat pelakon-pelakon utama.

'Langkah Kajang' adalah ciptaan Anwar dan PKR.

Khalid yang masa kempen pilihanraya umum ke 13 dijunjung dan dinobatkan sebagai Menteri Besar terbaik oleh Pakatan Rakyat kini digambarkan macam pengangkut najis.

Husam sama secara sedar atau tidak sudah letak ' Tok Guru' utama parti PAS macam orang yang tidak ada kebijaksanaan langsung dalam mempertahankan pendirian mereka.

Apapun dalam politik yang serba mungkin...Siapa tahu Nik Aziz dan Haji Hadi kecut perut dan terus menikus mendengar Husam mengaum.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana