PR Sudah Ketakutan....Abdul Khalid Pentingkan Diri Jika Bertindak Bubar DUN

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai seorang yang mementingkan diri sendiri jika bertindak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut Guan Eng, jika benar ia berlaku (bubar DUN) ia jelas sekali bercanggah dengan prinsip sebenar demokrasi.

"Itu menunjukkan beliau sangat mementingkan diri dan membelakangkan prinsip demokrasi, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dan mandat rakyat untuk kekal sebagai menteri besar.

"Itu menunjukkan (Khalid) lebih mementingkan kedudukan berbanding hak rakyat dan kedaulatan undang-undang.

"Ini ancaman yang sering beliau gunakan untuk kekal sebagai menteri besar," kata Guan Eng yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Semalam, Abdul Khalid berkata,  sebarang keputusan berhubung perkara itu, termasuk peletakan jawatannya sebagai menteri besar termasuk pelantikan menteri besar baru hanya akan diputuskan selepas pertemuan dengan Sultan Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL