PERKASA SELANGOR KUTUK 'HASSAN KARIM' HINA SULTAN SELANGOR

Pertubuhan Pribumi Perkasa Selangor (Perkasa Selangor) mengutuk sekeras-kerasnya pemilik akuan Twitter yang dikenali dengan nama 'Hassan Karim' yang didapati menghina Sultan Selangor.

Tindakan pemilik akaun ini adalah jelas tidak bertanggungjawab dan seolah-seolah berniat jahat terhadap institusi di raja Selangor dengan memberikan pandangan songsang terhadap baginda tuanku dengan tohmahan-tohmahan yang dilemparkan pemilik akaun berkenaan menerusi media sosial itu berkaitan dengan isu kedudukan Menteri Besar Selangor ketika ini.

Tohmahan pemilik akaun Twitter terhadap baginda tuanku itu jelas dilihat menerusi tiga 'tweetnya' yang berbunyi,;

1. " Kerajaan Khalid di Selangor sekarang kerajaan haram; Exco pun haram; keputusan mesyuarat pun haram; gaji pun haram. Istana sokong benda haram?"

2. "Sultan jenis apa dia ini? Ketika Selangor dalam krisis serius dia lari keluar negeri."

3. "Sultan Selangor perlu belajar dari Sultan Perak yg lalu. Kalid pun begitu. Kena baca penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Nizar v Zambry"

Justeru, Perkasa Selangor telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada jam 8.42 malam ini yang mana kita mahu pihak berkuasa menyiasat serta bertindak tegas kepada 'Hassan Karim' ini mengikut lunas undang-undang yang ada.

Penghinaan seumapama tidak sewajarnya dibiarkan apatah lagi melibatkan institusi kesultanan yang telah termaktub dalam Perlembagaan seperti mana dengan kedudukan agama Islam serta bangsa Melayu.

ABU BAKAR YAHYA
YDP PERKASA SELANGOR.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL